Tak Setuju Cermin gelap, Ini Punca Sebenar Nya

PERATURAN baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan persendirian akan menyukarkan tugas penguatkuasaan terutama polis.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menghormati peraturan baru yang diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook tetapi berpendapat bahawa tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar.

“Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini.

“Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azisman berkata, selain itu faktor keselamatan pasukan keselamatan juga akan terjejas kerana tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.

“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.

“Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” katanya.

Menurutnya, peraturan baru itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.

“Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu,” katanya.

Terdahulu, Anthony mengumumkan tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi semua kenderaan persendirian.

Sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Menerusi artikel sebelumnya : Tiada had cermin gelap

BERMULA esok, tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Katanya, menerusi peraturan itu, ia juga menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan kenderaan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50 peratus.

“Justeru, pindaan bagi kadar ketelusan cahaya tampak cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang tidak membabitkan kenderaan motor yang didaftarkan dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan.

“Bagaimanapun, untuk kadar ketelusan cahaya tampak pada bahagian cermin hadapan dan sisi kiri dan kanan pemandu adalah masih kekal seperti sedia ada,” katanya pada sidang media pengumuman mengenai cermin gelap di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, pindaan itu juga turut dibenarkan ke atas kenderaan persendirian yang digunakan bagi perkhidmatan e-hailing.

Katanya, faktor pindaan dibuat adalah sejajar dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain permintaan tinggi daripada pemilik kenderaan persendirian yang memohon penetapan sedia ada dilonggarkan.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan mengenakan fi permohonan dan pemprosesan serta fi ke atas setiap kelulusan bagi yang mahu menggelapkan semua cermin kenderaannya bertujuan meningkatkan hasil kerajaan.

“Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap sama ada menerusi menggunakan lapisan filem atau penggunaan kaca lebih gelap yang menjadikan peraturan cahaya tampak adalah kurang, atas sebab khusus seperti faktor keselamatan atau kesihatan.

“Bagi setiap permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan RM50 bagi setiap permohonan,” katanya.

Siew Fook berkata, setiap permohonan yang diluluskan dikenakan fi RM5,000 dan setiap kelulusan diberikan untuk tempoh dua tahun manakala individu yang diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya.

Katanya, permohonan pengecualian atas faktor kesihatan perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada dikenakan fi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini, 20,000 kenderaan diluluskan bagi penggunaan cermin gelap dan 5,469 permit diluluskan oleh menteri terdahulu bermula 2011 hingga 2018 tanpa sebarang fi.

“Kita lihat latar belakang kebanyakan mereka yang memohon atas faktor keselamatan adalah tan sri, datuk seri dan orang berkemampuan.

“Saya berpendapat mereka golongan berkemampuan dan jika dikenakan fi, ia mampu memberi pendapatan kerajaan.

“Satu jawatankuasa sudah ditubuhkan hari ini yang akan menilai semua permohonan bagi penggunaan cermin gelap sebelum memberi kelulusan.

“Antara yang dilihat termasuk rekod saman dan jenayah pemilik kenderaan terbabit,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari tarikh peraturan itu dikuatkuasakan.

Jom Lihat Video Dibawah :

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Kekasih Jiwang.

Sumber : Harian Metro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top