Tak Pakai Helmet Dan Langgar Lampu Merah, Lelaki India Ini Mula-Mula Garang, Sampai Balai Jadi Sopan Santun Pula

Baru baru ini heboh di media sosial apabila seorang lelaki India ditahan oleh p0lis trafik ketika beliau sedang menunggang motosikal.

Kejadian yang berlaku di sekitar Puchong ini telah tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi wargamaya.

Sehubungan itu seorang pengguna akaun fb telah berkongsi video yang berdurasi lebih kurang hampir 2 minit itu di akaun miliknya. Ketika artikel ini ditulis, post ini telah mencapai 4K lebih perkongsian dan lebih 1 juta tontonan.

Menurut pemilik video tersebut, p0lis berkenaan telah menahan lelaki tersebut atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat merah.

Namun, lelaki terbabit dengan sombongnya telah turun dari motosikalnya dan cuba menegakkan benang basahnya dengan menggunakan alasan yang tidak masuk akal.

Berang kerana umpama dipersendakan, anggota p0lis terbabit lantas mencapai buku smannya dan mengarahkan lelaki tersebut untuk mengeluarkan kad pengenalan dan lesen memandu.

Memburukkan keadaan lagi lelaki India tersebut mengatakan bahawa beg duitnya tertinggal dirumah dan gagal mengemukakan kad pengenalan dan juga lesen memandunya seperti yang diminta.

Dengan mengatakan bahawa ibunya tadi membasuh seluarnya dan mengeluarkan beg duitnya dari seluar, alasan tersebut ternyata tidak sesuai digunakan oleh orang dewasa selayaknya.

Anggota p0lis berkenaan kelihatan agak tenang namun begitu tegas apabila mengarahkan lelaki tersebut untuk ke balai. Apabila tiba dibalai barulah nak tunjuk sopan santun, tapi sayang dah terlambat!

Majoriti komen wargamaya mengecam lelaki terbabit dan menyanjungi anggota polis berkenaan kerana tidak tidak beremosi ketika dipersenda.

Kudos kepada anggota polis terbabit yang begitu tegas dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

Aik, mula mula garang

Posted by Lubokviral.com on Saturday, May 4, 2019

Lubokviral

The post Tak Pakai Helmet Dan Langgar Lampu Merah, Lelaki India Ini Mula-Mula Garang, Sampai Balai Jadi Sopan Santun Pula appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top