“Syurga Untukmu Pak Mail” Sikap Pak Mail Ini Buat Netizen Terkedu

“SAYA lakukan ini (sedekah) seikhlas hati,” kata Ismail Bakar, 66, yang meneruskan tradisi bersedekah jemput-jemput percuma kepada orang ramai di gerai jualannya di Jalan Kampung Melayu, Kluang.

Tradisi memberikan hidangan untuk berbuka puasa secara percuma itu diteruskannya yang lebih dikenali Pak Mail untuk tahun keempat berturut-turut.

Bagi Pak Mail, ia untuk memenuhi hasratnya meneruskan tradisi bersedekah sepanjang Ramadan ini.

Menurut Pak Mail, sesiapa yang datang ke gerainya boleh mengambil seberapa banyak jemput-jemput yang diperlukan tanpa perlu membayar wang kepadanya.

Katanya, pelbagai jenis jemput-jemput dibuat setiap hari seperti jemput-jemput pisang, betik, tembikai susu, nanas, sayur-sayuran dan nasi.

“Semua bahan-bahan ini hasil daripada sumbangan orang ramai serta peniaga di Pasar Awam Kluang,” katanya.

Selain memberikan jemput-jemput percuma, dia juga memberikan beberapa keperluan dapur seperti beras, gula dan minyak masak kepada individu memerlukan.

“Ia membabitkan golongan sudah dikenal pasti terutama individu dalam golongan kurang berkemampuan seperti ibu tunggal dan anak yatim.

“Dengan cara ini bukan saja dapat membantu mereka yang memerlukan untuk berbuka puasa malah secara tidak langsung membantu mereka menjimatkan perbelanjaan kesan kenaikan harga barang,” katanya.

Menurut Pak Mail, orang ramai yang ingin bersama-sama bersedekah bersamanya boleh menghulurkan sumbangan seberapa yang mampu supaya hasrat untuk menyediakan lebih banyak jenis jemput-jemput dapat dilakukan.

Sementara itu, pelanggan tetap, Mahmood Samat, 33, berkata, setiap kali Ramadan, gerai jemput-jemput Pak Mail tidak pernah dilupakan untuk dikunjunginya.

“Malah ia menjadi sebahagian juadah untuk berbuka puasa setiap hari.

“Di samping menjadikan jemput-jemput Pak Mail sebagai juadah, saya juga memberikan sumbangan kepadanya untuk membeli keperluan dengan harapan apa yang disedekahkan turut dikongsi bersama,” katanya.

Sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top