Subhanallah Walaupun Bongkok Dan Uzur Tapi Warga Emas Ini Tetap Tunaikan Solat Terawih 20 Rekaat

Rasanya seperti baru sahaja menyambut hari raya Aidilfitri dan hari ini kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan. Terasa begitu pantasnya masa berlalu. Marhaban Ya Ramadhan, bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di Dunia. Ia merupakan bulan yang diberkati, penuh dengan kebaikan dan pahala yang berlipat kali ganda.

Waktu inilah semua Muslim akan berebut-rebut melakukan amal ibadat dan sentiasa bersedia menunggu kedatangan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Di samping puasa, ramai yang akan berusaha untuk melakukan amal ibadat untuk memperolehi ganjaran daripada-NYA.

Malam tadi, tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan seorang warga emas yang sedang rukuk. Keadaannya yang begitu uzur menyentuh hati netizen yang melihatnya. Gambar tersebut sebenarnya dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook iaitu Muhammad Hassan.

Menurut Hassan :

Walaupun Sudah Uzur, Masih Kuat Untuk Solat Terawih

Umur 89 tahun. Walaupun mengalami gejala Osteoporosis (bongkok) Tapi atuk ini masih mampu berdiri solat tarawih 20 rakaat tanpa apa apa sokongan.

Paling saya kagum beliau baca Al Quran tanpa guna cermin mata.

Tapi yang peliknya nak baca surat khabar kena pakai cermin mata pula. Nyanyuk tu jauh sekali, semua perkara beliau masih ingat,terutama hukum hukum dalam bacaan Al Quran. Hebat sungguh Kalam Allah ini.

Rupanya untuk beribadah ini tidak perlu badan sado atau muda. Iman adalah penentu aras untuk kita mengabdikan diri kepada الله. Saya yakin makin kita sibuk dengan Al Quran,makin banyak Allah buka jalan jalan kebaikan.

Atuk ini sebenar berkali kali masuk wad. Pernah saya ziarah beliau makan pun melalui tiub (Ryles Tube). Tapi pernah beberapa kali betulkan bacaan Al Quran dengan beliau. Korang jika ada atuk-atuk begini di kampung yang sibuk dengan baca Al Quran. Pergilah minta dia doakan untuk kita dan anak anak.

Atuk kat atas ni saya baru kenal je. sebab kagum sangat. Jam 12pm dah ada kat masjid baca Al Quran. Lepas zohor baca Al Quran sampai Asar. Asar baru balik. Saya tanya dia jam 2 atau 3 pagi dah bangun. paling lewat jam 4 dah bangun.

Begitulah Sesiapapun hambaNya yang ada kemahuan mesti Allah SWT akan mebuka Pintu RahmatNya dan berbahagialah sesiapa pun yang Berjaya membuat amalan yang ikhlas padaNya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Kredit : siakapkeli

sumber : Mohamad Hassan

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top