Subhanallah TG Ustaz Dato Ismail Kamus Tetap Solat Berjemaah dan Solat Terawih Walaupun Uzur

Subhanallah AllahuAkbar , Walaupun TG Ustaz Dato Ismail Kamus uzur, beliau tak meninggalkan solat berjemaah & solat Tarawih,Ya Allah, kami sayang kepada Tuan Guru kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TG Ustaz Dato Ismail Kamus Solat Sambil Duduk

Terkini Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung, semalam. Menurut akaun Facebook Dewan Pemuda Pas Kuala Langat, Ismail, 71, telah selamat menjalani pembedahan melibatkan jantung dan kini masih mendapatkan rawatan di bawah pengawasan doktor.

“Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ismail Kamus baru dimasukkan bateri di jantungnya, semalam. Sama-sama kita doakan kesihatan buat ulama ummah ini,” kata akaun itu hari ini.

Beberapa akaun Facebook lain termasuk Telaga Biru Terengganu turut berkongsi keadaan terkini Ismail di IJN.

Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Begitulah pentingnya Solat Berjemaah walaupun kita sakit dan masih mampu solat hendaklah kita solat kerana bukan sekadar satu ibadah semata-mata tapi kita hendak Allah SWT kasih pada kita hingga ke alam akhirat dan kita dipilih dengan RahmatNya masuk ke Jannah In Sha Allah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : UTUSAN ONLINE kredit : Penang Kini




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top