”Stand4Strength Challenge”, Anda Mungkin Akan Ada Masalah Untuk Berjalan Nanti Jika Tak Dapat Buat Cabaran Ini

Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan cabaran-cabaran menjadi tular di media sosial. Antaranya ialah Keke Challenge, Bird Box Challenge dan sebagainya. Namun kebanyakan daripadanya adalah tidak mendatang faedah dan berbahayakan.

Lain pula ceritanya dengan #Stand4Strength Challenge ini. Ia adalah salah satu cabaran terbaru yang dianjurkan oleh Abbott Family Singapore dan Society of Geriatic Medicine Singapore(SGMS).

Cabaran ini dianjurkan di peringkat nasional dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kehilangan daya otot serta pentingnya menjaga pemakanan dan memperbanyakkan pergerakan.

Menurut kenyataan dalam video di atas, sekiranya anda gagal bangun daripada menggunakan sebelah kaki, anda berisiko untuk hilang kemampuan berjalan kaki ketika berusia 70-an nanti.

Memetik kenyataan Prof. Madya Tan Thai Lian, Geriatrik di SGMS, “Otot memainkan peranan penting dalam pergerakan kita. Ramai yang tidak sedar bahawa bermula pada usia 40-an, jisim otot mula berkurangan  sebanyak 8% setiap 10 tahun.”

Katanya lagi, “Jika kita tidak lakukan sesuatu untuk menghalang atau memperlahankannya, kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk berjalan, atau lebih teruk lagi sukar untuk bangun dari kerusi ataupun katil.”

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk mula mengamalkan pemakanan sihat dan kekal aktif dalam kehidupan seharian.

Walaupun cabaran ini dianjurkan di Singapura, tidak menjadi masalah untuk kita di Malaysia mencuba cabaran ini. Bagi anda yang gagal memenuhi cabaran #Stand4Strength ini, marilah kita sama-sama mula mengamalkan gaya hidup sihat.

Manakala bagi mereka yang berjaya, jangan pula berasa terlalu selesa, dan teruskan apa yang amalkan aktiviti sihat ketika ini. Anda sihat, keluarga bahagia.

 

Sumber: Stand4Strength




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top