Siapa Sangka Kaum Hawa Macam Siti Rafiah Dapat Hantar Juadah 150km Dengan Motor Dan Ini Alasannya

PASIR MAS: Atas dasar mahu menjana pendapatan sendiri, gadis ini memilih untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran juadah berbuka ke rumah pelanggan sempena Ramadan.

Siti Rafiah Abd Rashid, 27, berkata, sepanjang Ramadan fokuskan adalah melakukan penghantaran juadah berbuka seperti kuih muih, ayam percik dan minuman dari pekan Golok, Thailand terus ke rumah pelanggan.

Dia yang menunggang motosikal Honda RS 150R pernah membuat penghantaran stok makanan dan minuman sejauh 150 kilometer dari pekan Golok ke Machang.

“Saya mengenakan caj khidmat urus niaga secara tunai (COD) bermula RM2 hingga RM10 bergantung kepada jarak penghantaran. Setakat ini paling jauh saya pernah hantar barang ke Bachok, Machang dan Jeli.

“Pada hari biasa, selain makanan saya juga membuat penghantaran produk kecantikan atau pati minyak bergantung kepada permintaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Hutan Mala, Chetok baru-baru ini.

Katanya, dia aktif melakukan penghantaran sejak empat tahun lalu meskipun pekerjaan itu amat kurang disenangi ibunya Azizah Ag Samat, 62.

Menurutnya, Azizah risau terhadap keselamatannya yang menunggang motosikal pada jarak jauh bagi melakukan penghantaran.

GADIS pilih tawar khidmat penghantaran hidangan berbuka ke rumah pelanggan.

Saya berjaya buktikan kaum hawa juga mampu lakukan pekerjaan ini, tapi kena utamakan keselamatan dan memastikan motosikal dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Terpaksa berhujan panas, itu semua cabaran. Mahu mendapatkan kesenangan dalam hidup bukan perkara mudah tambahan pula sekarang ini kita kena bersaing untuk dapatkan pekerjaan,” katanya.

Jelasnya pada kebiasaan dia mampu memperoleh hingga RM1,500 setiap bulan hasil perkhidmatan penghantaran ditawarkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

Sumber : hmetro




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top