Sharnaaz ulas kes lelaki Sentuh wanita di tengah jalan, Kata Kata Sharnaaz Win Habis

PELAKON Sharnaaz Ahmad meminta netizen mendengar cerita kedua-dua belah pihak terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum berhubung kejadian seorang lelaki memukul dan menumbuk wanita di tengah jalan yang tular di laman sosial.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, juga berharap agar kedua-dua pihak terbabit dapat menyelesaikan isu yang timbul itu secepat mungkin menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

“Kes brader tumbuk perempuan tu lebih baik kiranya kita dengar cerita kedua-dua belah pihak, biar adil. Salah tetap salah apabila membabitkan kes pukul.

“Lelaki pun manusia juga bukannya Avengers, perempuan zaman sekarang pula bukannya lemah sangat. Semoga mereka dapat bermaafan menjelang bulan Ramadan yang semakin hampir,” tulisnya.

Lelaki pun manusia juga bukannya Avengers, perempuan zaman sekarang pula bukannya lemah sangat.

Video menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat mula tular sejak Khamis.

Terbaharu, isteri lelaki tersebut iaitu, Faridah Mohd Yatim menerusi mStar menjelaskan video yang tular hanyalah sebahagian daripada kejadian sebenar yang berlaku.

“Suami saya dan rakan-rakannya sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia behenti.

“Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa memberi isyarat menyebabkan suami hampir terbabas, dia tidak berhenti mahupun memohon maaf lalu terjadilah adegan pukul tersebut selepas dia berhenti di tempat kejadian,” katanya.

Faridah bagaimanapun menafikan suaminya mempunyai lima rekod jenayah lampau seperti yang didakwa netizen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Kekasih Jiwang.

Sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top