Setiap Kali Aliff Aziz Buat Hal, Alif Satar Yang Kena Bahananya

Pelakon Aliff Aziz sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila didakwa berlaku curang buat sekian kalinya. Namun kali ini beliau dikaitkan pula dengan seorang gadis rempit.

Kisah kecurangan Aliff kali ini terdedah akibat daripada sekeping gambar intim yang didakwa diambil di bilik hotel.

Menerusi gambar tersebut yang tersebar melalui media sosial, Aliff yang tidak mengenakan baju itu dilihat sedang dipeluk wanita yang dikatakan teman wanita terkininya.

Namun seperti biasa apabila Aliff Aziz buat hal, pengacara dan pelakon Alif Satar pula yang terkena tempias apabila masih ada peminat yang terkeliru dan menyangka mereka merupakan individu yang sama.

Walau bagaimanapun sebenarnya ntizen sebenarnya hanya menyakat Alif Satar. Menerusi komen-komen kecman yang ditinggalkan di laman insta Alif Satar ia ternyata hanya gurauan.

Semasa kecoh Aliff Aziz didakwa kantoi dengan pelakon Octavia Manrose dahulu, Alif Satar telah mengeluarkan satu kenyataan meminta supaya orang ramai tidak tersalah orang apabila ntizen mula menyerang Alif Satar menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Terkesan dengan kecman terbaru yang diterima, Alif Satar telah memuat naik gambar mukanya ditutup tangan. Rata-rata pengikutnya faham maksud yang ingin disampaikan pengacara berbakat itu dan memberi kata-kata semangat kepada beliau.

Ternyata ramai yang rasa kelakar apabila Aliff Aziz buat hal, Alif Satar pasti terkena bahananya.

The post Setiap Kali Aliff Aziz Buat Hal, Alif Satar Yang Kena Bahananya appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top