Seorang Pemuda Menghabiskan gajinya beri makan kucing dan anjing liar dan ini sebabnya

Peristiwa ini berlaku bukan sehari dua namun tetapi sudah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik  ini setiap hari.Kerjanya  jaga parking kereta di pekan Bukit Mertajam, P. Pinang dan separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini.Ini dikatakan hidayah dari Allah SWT yang menjadikan adik ini bersifat pemurah.

Agak pemalu budak ini setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia. Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza. Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana?. Saya tak akan pergi mana2 atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka.Inilah sebabnya pemuda ini sanggup berkorban wang ringgit demi binatang-binatang ini yang tak bertuan dan moga Allah SWT memuliakan hati pemuda ini.

Tambahnya lagi kalau hari hujan kucing2 dan anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup. Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka.

Allah muliakan hati hang Att walaupun imej nampak biasa2 tapi hati sapa yang tahu. Siapa yang tinggal area Bukit Mertajam pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong2 kedai atau bawah jambatan.

Semoga kita semua diberi hati yang pemurah seperti pemuda ini dan demi Ramadhan yang mendatang kita semua dapat berlumba-lumba bersedekah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : sepatuputih

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top