Selepas End Game, Marvel Umum Tarikh Tayangan Filem-Filem Untuk Fasa Empat Akan Datang

Selepas Avengers: Endgame, kini hanya tinggal Spider-Man: Far From Home sahaja yang tinggal sebagai filem terakhir dalam Fasa 3 untuk Marvel Cinematic Universe(MCU).

Jadi bila pula Fasa 4 bagi siri filem terkenal ini bermula? Jawapannya sudah pun terjawab apabila Marvel Studios telah pun mengumumkan tarikh tayangan bagi lapan(8) filem Fasa 4 MCU nanti. Tarikh yang dimaksudkan ialah:

  • 1 Mei 2020
  • 6 November 2020
  • 12 Februari 2021
  • 7 Mei 2021
  • 5 November 2021
  • 18 Februari 2022
  • 6 Mei 2022
  • 29 Julai 2022

Akan tetapi, mereka tidak menyatakan secara spesifik filem-filem yang bakal ditayangkan pada tarikh-tarikh berkenaan.

Walaubagaimanapun, Marvel Studios kini dikatakan sedang dalam proses rakaman bagi filem The Ethernals, mandiri Black Widow, Shang-Chi, Black Panther 2, Doctor Strange 2, Guardians of the Galaxy 3 serta Captain Marvel 2.

Tahun 2020 akan menjadi tahun yang kurang menyeronokkan bagi peminat Marvel memandangkan mereka mungkin hanya akan menayangkan dua filem baharu sahaja.

Dalam pada itu, filem Spiderman: Far From Home akan ditayangkan pada 2 Julai ini dan berikut adalah video trailer terbaru bagi filem tersebut:

*Amaran: Bagi anda yang belum menonton Avengers: Endgame, adalah tidak dinasihatkan untuk menonoton video ini memandangkan ia mengandungi spoiler.

Sumber: Polygon




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top