Selebriti Malaysia yang menjadi muslim. Ada yang kita tak jangka menjadi muslim.

Ramai artis malaysia yang memeluk agama Islam. Sebagai seorang muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima saudara baru yang memeluk agama Islam. Ini baru golongan selebriti belum dikira ahli perniagaan dan orang perseorangan yang lain.

Apa pun kita bersyukur kerana mereka – mereka ini adalah golongan yang terpilih dan di beri hidayah oleh illahi. Semoga kehidupan mereka selepas ini menurut landasan agama.

#1. Tiara Jacquelina

Tiara Jacquelina adalah antara artis malaysia yang memeluk agama islamTiara Jacquelina.
Tiara Jacquelina telah memeluk agama Islam pada tahun 1993 dan berkahwin dengan pelakon Hani Mohsin.

#2. Adam Corrie

Adam Corrie telah memeluk agama Islam pada tahun 2007. Salah seorang pelakon yang dilihat sentiasa memegang watak antagonis. Ramai yang tak percaya apabila Adam Corrie memeluk islam. Perwatakannya juga dilihat banyak berubah setelah memeluk Islam.

#3. Marion Caunter

Marion Caunter dan keluarga
Marion Caunter telah memeluk agama islam pada tahun 2010. Alhamdulillah satu keluarga.

#4. Daphne Iking

Daphne Iking juga dikatakan antara artis yang awal memeluk islam. Daphne Iking telah memeluk agama Islam pada tahun 2010.

#5. Michelle Lee

Michelle Lee dilahirkan di Australia. Michelle Lee dikatakan telah memeluk agama Islam pada tahun 2011.

#6. Anuar Chew Kim Wah

Anuar Chew Kim Wah antara pelakon cina yang terkenal di Malaysia. Anuar Chew Kim Wah telah memeluk agama Islam pada tahun 2013. Ramai yang tak sangka artis ini memeluk islam.

#7. Raisyyah Rania Yeap

Raiyysah Rania Yeap bersama suami
Raiyysah Rania telah memeluk agama Islam pada tahun 2014. Dua dua pasangan ini diberi hidayah… alhamdulillah.

#8. Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh adalah penyanyi kelahiran negeri Sabah. Marsha Milan adalah artis keluaran Akademi Fantasi (AF). Marsha Milan telah memeluk agama Islam pada tahun 2015.

#9. Stacy

Stacy telah memeluk agama Islam pada tahun 2015. Stacy adalah isteri kepada penyanyi hebat Akim. Stacy juga adalah artis keluaran Akademi Fantasia (AF).

#10. Michael Ang

Baru baru nie hebat dikatakan di segenap pelusuk media, sama ada media cetak mahupun media elektronik yang menghebahkan bahawa Michael Ang telah memeluk Islam. Michael Ang dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 2018. Pandai dia simpan rahsia.

Alhamdulillah semoga mereka diberi bimbingan oleh pasangan masing-masing. Semoga hari mendatang akan lebih ramai lagi artis Malaysia, luar negara serta bukan artis juga yang akan memeluk Agama Islam.

The post Selebriti Malaysia yang menjadi muslim. Ada yang kita tak jangka menjadi muslim. appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top