Sekarang ramai yang ‘ter’kahwin dengan pasangan orang. Ini Cara Nak Semak Status Pasangan Korang

Sekarang ini macam macam benda benda pelik berlaku. Yang terkahwin dengan laki orang cukup ramai jadi ini cara macam mana nak tahu status seseorang.

Sudah lama berkawan, semestinya akan sampai satu tahap di mana anda dan pasangan akan tekad untuk mengakhirinya ke arah yang lebih serius betul tak?

Jadi perkahwinanlah pilihannya. Perkahwinan adalah ikatan suci di antara dua orang insan. Ia merupakan percaturan terbesar dalam hidup seseorang dan untuk itu, perancangan teliti perlu di ambil untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Mungkin ada yang menyangka bahawa mereka telah betul-betul mengenali si cinta hati. Namun setelah kahwin, banyak mahligai yang kecundang dengan alasan masing-masing tidak serasi. Malah ada yang berpisah kerana mereka tidak betul-betul bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sebelum kahwin tak kan tak terfikir dah sedia ke tidak kan.

Lebih menakutkan adalah apabila mengetahui bahawa pasangan kita itu sebenarnya tidak berlaku jujur dan tidak  berkata benar dengan kita. Mungkin sudah pernah berkahwin, ada rekod jenayah ataupun memiliki anak di luar nikah.

Disebabkan itulah kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku, tidak salahkan berhati hati. Jangan tunggu ‘sudah terhantuk, baru hendak terngadah’.

Caraya mudah sahaja:

Anda hanya perlu ke portal rasmi E-Syariah.

Kemudian pilih bahagian semak status kes dan masukkan nombor kad pengenalan pasangan anda.

Seterusnya Semak Keputusan Anda

Senang je kan nak dapat keputusan. Apa pun keputusannya, pastikan anda berfikir panjang sebelum mendirikan rumah tangga.

Cuba bincang baik-baik dalam setiap perkara. Ingat tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini, kita dijadikan berpasangan pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

The post Sekarang ramai yang ‘ter’kahwin dengan pasangan orang. Ini Cara Nak Semak Status Pasangan Korang appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top