Sayu je dengar luahan Ibu Aliff Aziz.

Apa pun yang diperkatakan oleh orang, kami semua tetap sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” kata ibu penyanyi Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil merujuk kepada cucunya selepas berlaku perceraian membabitkan Aliff dan Bella Astillah, semalam.

Hafiza menerusi status di Instagram berkata, kehadiran Ayden dalam hidup Aliff dan Bella ibarat cahaya buat mereka sekeluarga.

Menurutnya, tiada ‘talak’ antara anak dan ayah. Begitu juga hubungan mereka dengan Ayden sebagai datuk dan nenek.

“Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik Allah berikan kami ialah cucu. Ia sangat berharga buat kami.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun tidak dapat melihat dia membesar pada masa akan datang.

“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti,” katanya.

Menerusi status sama, Hafiza meletakkan wajah cucunya yang kini berusia dua tahun itu berserta tanda #tiadatalakantaraayahdananak #allahknowsbest #redhadantawakkal

Terdahulu, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Permohonan cerai itu difailkan Bella selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Cerita Berkaitan

Perceer@ian dengan suaminya, penyanyi Aliff Aziz hari ini langsung tidak menjejaskan tumpuan Bella Astillah terhadap kariernya.

Beberapa jam selepas berceer@i dan bergelar ibu tunggal, Bella dengan keadaan tenang, tampil menjayakan majlis Iftar Amal Souk Raya 2019 bersama Madrasah Tahfiz Syazwan di Event Hall GMBB, Jalan Robertson, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya jemputan untuk majlis ini sudah lama dibuat dan saya menyatakan persetujuan untuk hadir. Apabila berjanji, memang saya akan tunaikan biar apa sekali pun yang berlaku. Saya juga rapat dengan penganjurnya, abang Ayie dan dia terkejut dengan kehadiran saya,” katanya.

Bella yang ditemani ibu dan dua adiknya, mendapat tumpuan media dan tidak kekok melayan soalan yang diajukan terhadapnya. Tetapi ini yang dia sampaikan kepada pihak wartawan.

“Saya faham ini tugas anda. Cuma saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya. Seperti yang diketahui. Saya masih dibelenggu perasaan sedih dan masih dalam proses ‘move on’.

“Tipulah kalau saya tiada perasaan itu. Buat masa ini, saya banyak habiskan masa dengan keluarga terutama anak saya, Mohamad Ayden Adrean untuk meredakan kesedihan,” katanya kepada wartawan.

Menurutnya secara perlahan-lahan dengan sokongan keluarga, dia percaya mampu melalui situasi sukar ini.

“Sebolehnya saya nak selamatkan rumah tangga saya. Tidak kisahlah orang kecam apa sekali pun walaupun menggelar saya kata tiada akal. Rumah tangga ibarat kita bina masjid dan siapa yang sanggup merobohkannya. Tapi apa yang saya lalui sekarang adalah takdir dan saya reda,” katanya.

Bella mengakui dengan perpisahan yang berlaku, Aliff mampu menjalani kehidupan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

“Saya sendiri pun belum sempurna dan perlu banyak muhasabah diri,” katanya.

Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang tadi.

Kita doakan supaya Bella murah rezeki dan dipermudahkan dalam urusan menjaga anaknya ye.

The post Sayu je dengar luahan Ibu Aliff Aziz. appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top