“Saya Suka Lelaki Berusia” Luahan Mira Filzah Buat Peminat Tertanya-tanya

Walaupun dikaitkan pula dengan pelakon kacak, Remy Ishak, Mira Filzah  amat memahami situasi peminat yang terkadang kala terbawa-bawa dengan drama kesukaan mereka. Namun Mira menjelaskan, tidak pernah wujud hubungan istimewa diantara mereka.

Lakonan mantap Remy dan Filzah dalam drama Pujaan Hati Kanda

Drama Pujaan Hati Kanda telah membawa nama Remy Ishak dan Mira Filzah menjadi terkenal dan ramai dikalangan peminat mahu melihat percintaan mereka dalam drama itu menjadi realiti.Walaupun Mira atau Nur Amirah Badioezaman 26, mendapat pelbagai komen terutama dalam laman Instagramnya namun dia tidak berasa rimas akan keadaan itu.

“Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin. Tambahan pula drama lakonan kami mendapat sambutan. Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy”katanya.

“Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama. Hati saya masih belum dimiliki sesiapa. Tahun ini juga saya tidak nampak akan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi mahu melangsungkan perkahwinan”

Selain itu, menurut Mira kematangan lelaki yang lebih berusia darinya menjadi ciri utama dalam mencari cinta hatinya agar hubungan yang dibina itu dapat dipimpin dengan didikan agama yang baik.

“Saya suka lelaki berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki sebaya. Dalam hubungan kita perlukan seseorang yang membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama,” jelasnya.

Terdahulu ramai mengaitkan perpisahan Remy dengan bekas tunang berpunca daripada hubungan istimewa yang terbit bersama Mira selepas drama mereka yang hit. Peminat pula seakan memberi restu andai mereka ini bersama dalam alam realiti.

Semoga apa pun hubungan mesra mereka ini dapat dimengertikan semua pihak dan jika ada jodoh tak kemana.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : rotikaya via srimahligai.today

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top