Salutelah cikgu, bagi anak muridnya berkarya di bajunya.

Ramai yang menggelar tenaga pengajar sebagai guru atau cikgu, tidak kisahlah apa yang kita gelarkan mereka, warga pendidik ini mempunyai kasih sayang seorang ibu dan bapa kepada anak-anak didiknya di sekolah. Tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah mahupun tadika.

Inilah yang digambarkan oleh seorang guru ketika beliau memakai sehelai baju yang dilukis oleh anak-anak didiknya baru-baru ini. Beliau beri kebebasan kepada anak-anak didiknya berkarya dibajunya sendiri.

Kejadian itu menjadi tuular apabila ia dikirimkan melalui satu post di akaun Twitter-nya yang menggunakan nama Fazri Hassan.

Menariknya, baju itu adalah rekaan hasil kerja murid-murid pendidikan khas di sekolah berkenaan.

Beliau turut mengirimkan gambar bersama pereka-pereka cilik bagi bajunya itu dan ternyata hasil kerja mereka berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekerja beliau di seluruh negara.

Malah, tindakannya itu turut mendapat penghargaan dan pujian daripada ramai warganet. Rata-rata mereka jelas terharu dengan kemampuan anak-anak istimewa ini dan memuji tindakan Cikgu Fazri dalam menghargai hasil seni mereka.

Menurutnya lagi, baju tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan dan setiap lukisan pada baju itu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Lama jugak nak disiapkan.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau jelas terpancar dalam gambar-gambar yang dikirimkan dan hampir pasti anak-anak didiknya juga merasakan perkara yang sama kepadanya.

Jadi, kepada anak-anak muda di luar sana, sayangilah guru-guru anda dan hormatilah mereka sebagai mana anda menghormati kedua ibu bapa anda di rumah.

Guru penyuluh masa depan generasi muda. Tahniah kepada guru guru di seluruh pelusuk dunia yang berkerja keras mendidik kita semua menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama.

The post Salutelah cikgu, bagi anak muridnya berkarya di bajunya. appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top