Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Pemandu Wanita Ditampr Dan Ditumbk Tempohari, Pendedahan Ini Bakal Merubah Persepsi Wargamaya

Sebelum ini, heboh sebuah video menunjukkan seorang lelaki bertindak menmpar dan menmbk muka seorang pemandu wanita yang didakwa tidak memberi signal semasa menukar lorong di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur di media sosial.

Hari ini, isteri lelaki tersebut, Faridah Mohd Yatim, 28 tahun, tampil memberi penjelasan dan meceritakan versi penuh berkaitan insiden itu yang berlaku pada petang Rabu itu.

Kalau ikutkan, lelaki tersebut bersama kawannya telah mengejar wanita tersebut jauh dari tempat kejadian tetapi tidak dirakam oleh sesiapa.

Sebaik sahaja wanita itu memberhentikan kereta, lelaki itu memanggil wanita itu bodoh namun dibalas dengan ayat yang agak panas iaitu “Kaulah bodoh, kaulah gila!” menyebabkan lelaki tersebut hilang pertimbangan lalu menmbk dan menmpr wanita itu.

“Sebenarnya video yang tlar itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti”

“Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami hampir terbabas,” katanya. – Faridah Mohd Yatim

Faridah memberitahu lagi, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keledarnya di atas kereta wanita itu kerana terlalu marah dan kejadian membelok tanpa memberi ‘signal’ itu berlaku kerana wanita itu memandu sambil menggunakan telefon.

“Malah wanita itu sendiri cakap ‘aku angkat la telefon sebab ada orang call’ selepas suami saya marah dia guna telefon,” – Faridah Mohd Yatim.

Manakala laporan yang menyatakan suaminya mempunyai rekod lima jnyh lampau, Faridah menafikannya kerana rekod lampau tersebut sebenarnya rekod pemilik lama motosikal suami.

Faridah juga mengemaskini status di Facebook miliknya dan memberitahu suaminya memang seorang yang panas baran dan semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada suaminya.

Sementara itu status yang dimuat naik oleh Faridah di acc fbnya mendapat pelbagai reaksi ntzen. Rata-rata sahabat handai beliau memberi kata kata semangat dan mendoakan semoga perkara yang berlaku itu boleh dijadikan pengajaran di masa akan datang.

Manakala bagi ntzen yang sengaja mencari dan stalk fb Faridah meninggalkan kata kata ca cian sehingga menyentuh hal peribadi yang tidak sepatutnya.

 

The post Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Pemandu Wanita Ditampr Dan Ditumbk Tempohari, Pendedahan Ini Bakal Merubah Persepsi Wargamaya appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top