Penyanyi Ziana Zain Sambut Ulangtahun Kelahiran Tapi Ini Luahan Hati Anuar Zain Untuk Kakaknya

Terbaharu Penyanyi Terkenal Ziana Zain telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 pada tahun ini, semalam. Menerusi entri di Instagram, adiknya, penyanyi Anuar Zain juga turut tidak melepaskan peluang memberikan ucapan khas buat kakaknya.


“To my dearest Beautiful Kakak, Selamat Hari Lahir iamzianazain. Semoga Allah SWT permudahkan segala-gala urusan didunia & diakhirat. “Mohon agar Allah SWT limpahkan segala keberkatan, rahmat, kesejahteraan, kebahagian, rezeki yang melimpah ruah, kebahagian disamping anak-anak & keluarga tercinta. “Dilindungi & dijauhi daripada segala perkara negatif. Buat teman IG semua, mohon doakan yang baik-baik buat Kakak saya. Semoga anda semua diberkati Allah SWT,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Ziana dan mendoakan dia diberikan kesihatan yang baik.Untuk rekod sebelum ini, Ziana telah bercerai talak satu dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 20 tahun lalu itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar,  serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.

Kita doakan Ziana Zain kembali menemuai kehidupan yang lebih baik dan bahagia bersama anak-anaknya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kekasih Jiwang.

Sumber : astrogempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top