‘Penjara Itu Bukan Hukuman Tapi Satu Pengajaran’ Hikmah Untuk Hati Diana Danielle Dan Anak-Anak

Peminat kepada pelakon Datin Diana Danielle tampil memberikan kata-kata semangat selepas suaminya, Datuk Farid Kamil dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Menerusi ruangan komen di Instagram (IG) Diana, rata-rata berharap agar dia tabah menempuhi ujian ini dan reda dalam menjaga anak-anaknya apabila ketiadaan suami.

“@yatiekas: Takpe @dianadanielleb. 9 bulan tu pejam celik jer. Sekejap je. Lagipun kalau tak ada masalah apa-apa, konfom boleh kuar awal. Saya sekeluarga dah merasa. Lebih 2 tahun. Sekejap je. InsyaAllah dia akan jadi manusia lebih baik. Penjara tu bukan hukuman, tapi pengajaran.”

Keluarga Bahagia In Sha Allah

“@najihahainaannurasyfa:Semoga sis @dianadanielleb tabah saya tetap sayang sis dan family ada hikmah disebalik semua ni sis.”

“@honeymoon_sleepwear:Sabar puan. Insyallah ada hikmah di balik apa yang terjadi. Semoga puan tabah menghadapi dugaan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. I feel you.”

“@azreennnnnnnn_: Biasa orang yang keluar dari penjara nilahh yang jadi lebih baik dari kita semua. Ini ujian dia. Ujian untuk anak-anak dia. Kita tak tahu macam mana ujiannya esok lusa.”

“@Azreel: Semoga terus kuat dalam membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi selama 9 bulan. Terus menjaga amanah Allah itu.”

Pada Rabu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas Farid yang sepatutnya membela diri hari ini memilih untuk berdiam diri.

Hukuman itu tidak dibenarkan ditangguhkan dan Farid akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang mulai hari ini.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan THC yang juga dadah ditemui pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Farid didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu semalam (Rabu).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top