Pengerusi Masjid Dedah Perkara Sebenar Mengenai Arwah Yang Buat Ramai Tersentuh, Senyum mengenai Bil Masjid

“WALAUPUN arwah (Shaharudin Nordin, 65) bukan orang senang, setiap pekerjaan dibuatnya di masjid itu ikhlas tanpa meminta sebarang upah, dia pandai buat kerja pendawaian elektrik dan semua kerja di masjid dilakukannya.

“Arwah turut menguruskan semua bil masjid melalui tabung derma masjid tanpa pernah beritahu wang derma tidak cukup dan akan memulangkan baki wang derma yang banyak seolah-olah dia menggunakan wang sendiri untuk bayar semua bil,” kata Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Kampung Bemban, Taiping, Zainuddin Hamzah.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan, Shaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid itu, malam tadi.

Zainuddin berkata, arwah Shaharudin menjalankan kerja sebagai tukang masak masjid itu bersama isterinya dan melakukan tugas sebagai seorang siak di masjid berkenaan.

Katanya, apabila ditanya jumlah bil masjid berkenaan ketika arwah memulangkan baki wang derma masjid yang banyak, dia hanya tersenyum dan tidak mahu memberitahu apa-apa.

“Bil masjid tidak pernah tertunggak dan semua diselesaikannya tanpa diketahui AJK masjid, dia memang seorang yang sentiasa berjemaah di masjid,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan kejadian itu, Zainuddin berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum solat berkenaan dan bersembahyang seperti biasa pada rakaat pertama sebelum secara tiba-tiba dia sujud.

Beliau berkata, dia kemudiannya rebah sebelum dibantu jemaah masjid untuk dibawa ke bahagian belakang dan menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkan arwah sudah meninggal dunia dan pemergiannya itu satu kehilangan besar kepada masjid berkenaan.

“Arwah insan berhati mulia dan tidak lekang dengan senyuman, dia boleh dikatakan jemaah tetap dan akan datang bersolat jemaah pada setiap waktu,” katanya.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para shuhada.. Alfatihah

Jnji Allah benar…syurga yg diimpikan…tidurlah dgn tenang dipeluk kubur seperti pelukan ibu kpd seorang ank sampai hr kiamat

Banyaknya pahala dia..bil letrik surau xpernah tertunggak dia bayarkn..setiap unit letrik tu yg jd lampu, kipas dan speaker, ALLAH..bnyk tu pahala..x terkira..insyaALLAH balasan yg baik dari ALLAH.

Byk betul Allah jemput insan2 soleh di awal Ramadhan ni. Allahu..

Alhamdulilah amalan paling mulia dan paling myinari alam kubur adalah sedekah moga ditempatkn jannatul firdaus syurga buat arwah pak cik yea aminn 

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share Kekasih Jiwang.

Sumber : Harian Metro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top