Pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad Pergi Selamanya Dalam Kem4langan

PENGASAS produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand, hari ini.

Faziani Rohban Ahmad, 39, maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dengan lori.

Adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, berkata, dia menerima panggilan daripada abang iparnya, 10.30 pagi tadi memaklumkan kakaknya meninggal dunia akibat tersepit.

“Kakak dan abang ipar keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada 8 pagi tadi dan dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

“Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, dia sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan mereka dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, kakaknya baru tiga hari pulang dari menunaikan umrah di Makkah dan selepas itu mereka ke Jakarta berbuka puasa bersama anak yatim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top