Penat Di Tempat Kerja, Bapa Tak Sedar Anak Jatuh Balkoni Hotel

Tular di Thailand apabila media melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah jatuh dari balkoni beberapa hari lalu.

Rakaman cctv menunjukkan kanak-kanak itucuba memanjang dinding tepi sebuah hotel sebelumt terjatuh ke bawah.

Kejadian yang berlaku di Pattaya, Thailand itu telah mengakibatkan mangsa mengalami patah tangan dan kaki.

Walau bagaimanapun, dalam satu laporan tempatan menyatakan bahawa bapa kepada mangsa sedang tidur kepenatan ketika kejadian berlaku dan tidak sedar keberadaan anak perempuannya itu.

Dia mendakwa anaknya mengalami masalah berjalan ketika tidur. Namun, melalui video cctv itu, anaknya seperti mencari bilik tempat tinggal mereka sebelum berlari-lari di kawasan koridor hotel.

Sumber: China Press, Thaivisa




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top