Pemuda Ini Hantar Mesej Menikam Jiwa Kepada ‘My First Love’ Yang Telah Tiada,Macam Mana Jijul Nak Raya Tahun Ini

KEMERIAHAN bulan Ramadan pasti mahu disambut dengan insan yang tersayang namunjangan dilupa ada antara kita terpaksa mengharungi bulan mulia ini tanpa orang tercinta.

Situasi itulah yang terpaksa ditempuhi oleh Mohammad Azizul Abdul Aziz, 27, apabila buat pertama kalinya menyambut Ramadan tanpa ibu di sisi yang sudah dijemput Ilahi.

Mohammad Azizul yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu meluahkan rasa rindu pada arwah ibunya dengan cara yang cukup ‘menikam jiwa’ apabila menghantar kiriman mesej melalui Whatsapp kepada nombor telefon milik arwah ibunya.

Paparan skrin mesej tersebut yang dikongsi di laman Twitternya menjadi perhatian netizen dan tular.

“Saya sengaja menghantar mesej itu pada nombor lama mak kerana hati ini terlalu rindu pada satu-satunya ibu yang saya cintai. Perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

“Suasana berpuasa pada kali ini sangat sunyi tanpa mak. Dahulu mungkin saya terlalu kecil untuk faham pemergian abah ketika saya berumur empat tahun dan semenjak itu, saya memang bersama dengan mak sehingga dewasa.

Azizul (berdiri tengah) bersama arwah ibu dan adik-adiknya

“Sekarang bila mak dah pergi awal tahun ini, semuanya dah berubah. Saya sahur dan berbuka pun sorang-sorang sebab abang dan kakak saya pun dah berkahwin” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Azizul, pengorbanan ibunya yang membesarkan mereka tiga beradik tanpa suami di sisi membuatkan dirinya berasa sangat kagum dengan wanita itu.

Arwah ibu Azizul, Hafsah Jaafar telah dijemput Ilahi Januari lalu pada usia 62 tahun selepas disahkan menghidap penyakit kanser payudara pada tahun 2012 dan sejak itu dia tinggal bersendirian di rumah ibunya di Batu Pahat, Johor.

Menceritakan tentang pengalamannya di saat-saat terakhir pemergiaan arwah, dia bersama abang-abangnya setia berada di sisi ibunya sehingga nafas yang terakhir.

“Saya berterima kasih pada arwah mak kerana menjadi seorang yang kuat dalam membesarkan kami tiga beradik dan tahan dengan kerenah kami yang nakal. Jijul rindu mak.

“Hargailah ibu anda sementara dia masih ada. Jangan lupa untuk bertanya khabar dan jangan sesekali sakitkan hatinya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki seorang ibu,” katanya yang kini menjalankan perniagaan di Pasar Tani Batu Pahat.

Paparan Scree WhatsApp yang membuatkan Netizen sebak membacanya

Dalam pada itu, paparan skrin WhatsApp yang dimuat naik Azizul ternyata membuatkan ramai pengguna laman Twitter sebak.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan ucapan takziah kepada Azizul.

Posting yang menyentuh hati itu meraih sehingga 9,000 ulang kicau dan 8,700 tanda suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top