Nad Zainal tanya yang single diluar sana dah sedia ke nak tamatkan zaman bujang.

Pelakon, Nad Zainal akui mengalas tugasan sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Nampak je mudah tetapi tak semudah yang disangka.

Nad menyatakan perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya baru baru ini.

Menurut Nad, dia kini mulai faham mengenai perasaan yang dilalui oleh wanita bergelar ibu sebelum ini. Sungguh tabahkan seorang ibu dalam membesarkan anak anak.

“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.

“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan ber anak. Kita akan banyak tanggungjawab… Tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu lagilah…

“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.

“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK

“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita,” tulisnya.

Foto dan kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon telefilem Fatonah Azali itu menerima lebih 13,000 tanda suka dan hampir 200 komen.

Rata-rata pengikut bersetuju dengan apa yang dikongsi Nad, malah ada juga rakan artis dan warganet yang meninggalkan komen dan pandangan yang sama dan bersetuju dengan pandangan beliau.

Ada yang cakap pernah jumpa Nad Zainal diluar di kedai makan sempoi je tak pun pakai make up beria. Kalau dah cantik make up sikit pun dah cantik.

Daphne Iking pun suka dengan entri Nad. Nad cakap penat jadi mak tapi syiok. Memang best kerana puas buat kerja untuk anak sendiri kan.

Ada juga yang komen kadang kadang pakai baju kelawar je seharian sampai lupa nak mandi dan tak kisah buat kerja yang penting happy.

Ada ntizen bagitahu walaupun ada empat anak tetap tenaga tak pernah habis masa menguruskan keluarga.

Amira Rosli pun cakap nap lagi penting dari pergi spa bila dah ada keluarga dan anak nie. Paling best kadang kadang tidur skali dengan anak.

Ada warganet cakap urus rumah sendiri lagi baik daripada ada pembantu atau maid. Yang penting para suami sentiasa ringan tulang membantu. Walaupun hanya menguruskan anak, isteri dah cukup syukur kerana boleh uruskan rumah dengan lebih cepat dan mudah.

Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Dalam perkembangan terbaru, Nad kini membintangi drama bersiri Geng Mak Mak bersama pelakon hebat lain Sazzy Falak, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa. Mesti dalam babak drama ini ada terselit cerita kehidupan mereka.

The post Nad Zainal tanya yang single diluar sana dah sedia ke nak tamatkan zaman bujang. appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top