“Mujur Bawa Telefon Bimbit,” Setengah Jam Terkunci Dalam Bilik Air, Abang Bomba Datang Pecahkan Pintu

Setiap orang mempunyai pengalaman masing-masing, sama ada suka mahupun duka. Momen terlakar sewaktu kecil sehinggalah dewasa yang pastinya akan tersimpan sebagai kenangan terindah. Jika diimbas kembali, pastinya kita tersenyum sendiri bila mengenang segalanya yang pernah berlaku dahulu.

Paling penting, sekiranya pengalaman itu ‘menyakitkan’, tentunya ia akan dijadikan pengajaran supaya tidak berulang. Manakala kenangan yang lucu serta menyeronokkan akan kita sampaikan dan cerita kembali kepada keluarga mahupun sanak saudara. Dan Di dalam kemajuan teknologi sekarnag, segalanya tiada yang mustahil untuk dilakukan. Semua saat indah atau sebaliknya boleh dirakam dan dimuatnaik ke laman sosial untuk dikongsi bersama rakan-rakan atau pengikut.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter, Aizad yang ‘terkunci’ di dalam bilik air di rumahnya. Video insiden lucu itu yang mendapat lebih dari 8,900 ulang kicau itu menjadi tular di laman twitter malam tadi. Menurut Aizad, telah menjadi kebiasaan beliau untuk mendengar lagi menggunakan telefon bimbit ketika mandi.

Namun tindakkannya itu nyata menjadi ‘penyelamat’ kepada dirinya.

Aizad cuba untuk membuka pintu bilik airnya namun tidak berhasil. Lebih malang apabila keluarganya tiada di rumah untuk membuka pintu tersebut. Aizad cuba menolak dan menendang pintu berkenaan namun tiada kesan. Oleh itu beliau lantas menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi talian kecemasan.

Akhirnya, setelah 30 minit menunggu, pihak Bomba dan Penyelamat datang untuk membuka pintu tersebut. Menurut pihak bomba,  pintu tersebut sememangnya tersekat dan susah dibuka walaupun telah menggunakan pelbagai cara.

Sementara itu, warga twitter juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman mereka.

Gelabah bila tak boleh bukak pintu

Rasa macam nak nangis bila terperangkap dalam tu

Sumber : Aizad Jakie




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top