Michael Ang Diminta kongsi foto solat tarawih, Ini Respon Nya Memang Win Habis

VIDEO pengarah Michael Ang membuat review (ulasan) mengenai makanan manisan yang dimuat naik di laman Instagramnya menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi ruang komen, terdapat netizen yang berasa kurang senang melihat Michael kerap berkongsi mengenai makanan di laman sosial miliknya.

Individu tersebut turut mempersoalkan Michael tidak pernah memuat naik foto menunaikan solat tarawih bersama rakan dan berbicara mengenai agama Islam.

Menurut Michael, dia tidak perlu berkongsi foto seperti yang diminta kerana niatnya memeluk agama Islam bukan untuk menjadi seorang ustaz.

“Saya memeluk agama Islam, bukan jadi ustaz. Saya tak rasa saya perlu post gambar saya solat ke pergi tarawih ke ataupun baca Al-Quran ataupun berdakwah dalam IG saya.

“Keimanan saya adalah antara saya dengan Allah. Kalau post apa yang awak nak saya post itu nama dia takbur dan hipokrit atau dalam bahasa lain fufu.

“Walaupun saya peluk Islam tak bermakna saya jadi orang lain, saya masih orang yang sama cuma sekarang saya dah ada nama untuk tuhan saya,” kata Michael membalas komen tersebut.

Pada 30 April lalu, penerbit itu telah membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Michael berkongsi pengakuan itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Michael membalas komen netizen yang mempersoalkan dia tidak berkongsi foto menunaikan solat tarawih dan berbicara mengenai agama Islam.

Dalam pada itu, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini juga menasihati individu tersebut supaya tidak menayangkan kehebatan dalam ilmu pengetahun mengenai Islam kepada orang lain.

“Satu saja nasihat saya pada awak, tak payah nak tunjuk sangat berapa tingginya ilmu awak tentang Islam pada orang lain.

“Lagi baik awak tunjuk kepada Allah betapa taatnya awak kepada ajarannya sebab bila dah mati nanti yang akan hukum kita adalah Allah.

“Bukan orang-orang yang awak nak tunjuk sangat keimanan awak. Sekian terima kasih,” ujarnya.

Rata-rata netizen mengecam semula individu tersebut dan bersetuju dengan apa yang dikatakan Michael.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share Kekasih Jiwang.

Sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top