'Mereka cuma bergurau'


Ketua Polis Daerah Langat, Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan kejadian seorang lelaki berusia 50-an yang mempunyai masalah lembam dan mental dibuli oleh sekumpulan remaja. 

Perbuatan lima remaja terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah ahli keluarga mangsa dan di kalangan pendudukan yang kemudian menyerbu kediaman semua remaja terbabit yang dikenal pasti dalam video viral di media sosial itu. 

Bagaimanapun, kejadian itu telah diselesaikan di peringkat penduduk kampung tanpa membabitkan pihak berkuasa selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan. 

"Difahamkan, motif kumpulan terbabit melakukan perbuatan itu adalah untuk bergurau, namun tingkah laku mereka agak keterlaluan terhadap orang tua," katanya. 

Azizan berkata, pihaknya tiada menerima sebarang laporan polis berhubung kejaidan itu berikutan kes itu telahpun diselesaikan. 

Justeru, beliau menasihatkan kes itu tidak dipanjangkan. Tetapi sekiranya ada pihak yang tampil membuat laporan polis, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top