Menteri Pengangkutan Jawab Kenyataan Pengarah Polis Trafik Bukit Aman Isu Tidak Setuju Peraturan Baru Cermin Gelap Kenderaan

Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), telah mengadakan satu sidang media bagi menjawab isu peraturan cermin gelap kenderaan yang baru diumumkan beberapa hari lepas.

Dalam sidang media ini juga, YB Loke menjawab tentang kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Azisman Alias. yang dikatakan tidak bersetuju dengan peraturan cermin gelap kenderaan yang baru itu. Dalam kenyataan YB Loke menyatakan bahawa setiap pindaan undang-undang adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia.

YB Loke mengakui pindaan kali ini pihak beliau tidak mengadakan apa-apa perjumpaan dengan pihak berkuasa. Beliau turut menyatakan bahawa ketika kerajaan Barisan Nasional masih memegang tampuk pemerintahan, pernah diadakan satu bengkel pada bulan Jun 2014. Bengkel tersebut yang melibatkan pelbagai agensi termasuk PDRM.

Antara rumusan yang telah dipersetujui di dalam bengkel tersebut adalah:

  1. Mengekalkan kadar Visible Light Transmitted (VLT) pada cermin hadapan sebanyak 70%
  2. Mengekalkan VLT pada cermin sisi pemandu sebanyak 50%

Kedua-dua rumusan ini tidak dipinda dalam peraturan baru yang telah ditetapkan baru-baru ini bagi menghormati pendapat bengkel itu. Apa yang dipinda hanya kadar VLT cermin sisi penumpang sebelah belakan dan belakang dari 50% ke 30% yang turut dipersetujui di dalam bengkel tersebut.

YB Loke juga turut mendakwa kadar VLT yang ditetapkan baru-baru ini mengikuti kadar yang ditetapkan di negara Jepun memandangkan kereta-kereta dari jepun banyak menembusi pasaran Malaysia. Namun, YB Loke tetap menghormati pihak PDRM dan tidak pernah membelakangkan pihak polis dalam apa jua keputusan diambil.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top