Menjelang Ramadhan, Ini Status Terkini Rumahtangga Sharnaaz Ahmad, Doakan Yang Terbaik Je Lah

HUBUNGAN rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor sebelum ini dikhabarkan berhadapan dengan masalah sejak Februari lalu kini semakin pulih.

Menerusi satu video tentang perkembangan anaknya Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’ menjadi perhatian pengikut setia laman sosial pasangan tersebut.

Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Sharnaaz sedang bermain dengan anaknya itu.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya meluahkan rasa syukur dan gembira apabila hubungan pasangan itu kembali pulih seperti sedia kala menjelang Ramadan.

Berikut adalah kata-kata peminat yang membanjiri ruangan komen laman sosial Noornabila:

“Salam sis, dah harmoni kembali dengan abang Sharnaaz? Alhamdulillah, saya suka hubungan suami isteri sis dan suami. Saling melengkapi.

“Moga Jebat anak soleh menjadi sebab keutuhan kasih sayang dan kekuatan rumah tangga baba dan mommy. Saya doakan kalian bahagia hingga ke jannah. Kekal dalam ikatan suami isteri hingga akhir hayat.

“Tu suara Sharnaaz ke!!! Tolong jangan gaduh-gaduh dah. Muat naiklah gambar korang pula,” komen beberapa pengikut di laman sosial.

Sebelum ini, beberapa perkongsian status Sharnaaz mengundang spekulasi berhubung keadaan rumah tanggannya menjadi topik perbualan ntizen di laman sosial.

Segelintir ntizen memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar hubungan Shaarnaz dan kakak kepada selebriti Neelofa itu berada dalam keadaan baik.

Shaarnaz mahupun Nabila memilih untuk mengunci mulut mengenai gosip berterbangan mengenai rumah tangga mereka.

Sharnaaz dan Nabila, 35, berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Posted by ApeAjer on Sunday, May 5, 2019

The post Menjelang Ramadhan, Ini Status Terkini Rumahtangga Sharnaaz Ahmad, Doakan Yang Terbaik Je Lah appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top