Membawang boleh kena deenda? Hati hati lepas nie susahlah nak membawang lagi.

Membawang adalah istilah kepada bergosip atau pun mengumpatlah senang cakap. Zaman sekarang nie ramai yang suka sangat membawang tak kiralah di mana pun, ada yang suka membawang bersama kawan sekerja, jiran jiran dan juga kawan kawan.

Yang tak sedap tue membawang hal hal buruk orang je hal baik taknak pulak dia membawang. Jumpa kawan cerita hal orang. Jumpa jiran cerita perihal orang. Jumpa tok ketua ngadu hal orang. Jumpa sedara perlekeh hal orang. Jumpa geng kutuk hal orang… agak agaknya bila masa dia nak jaga hal sendiri ye… asyik jaga hal orang je… hihihi

Nie hah min jumpa hukvman yang dikenakan kepada si pembawang. Hati hati para pembawang semua.

Pihak berkuasa di Binalonan, sebuah pekan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Manila telah menguatkuasakan satu arahan pelik di mana bergosip ataupun ‘membawang’ dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh didenda jika didapati bersalah.

Bagi kesalahan kali pertama, mana-mana individu yang didapati bergosip boleh dikenakan deenda sebanyak 200 Peso (RM 15) dan arahan memungut sampah di jalanan selama 3 jam.

Manakala kesalahan berulang pula boleh dikenakan deenda sehingga RM 83 serta menjalani program khidmat masyarakat selama 8 jam.

Walaupun takrifan gosip sebagai satu kesalahan tidak jelas, namun Datuk Bandar menyebut bahawa bercerita kisah buruk mana-mana individu serta masalah kewangan dianggap sebagai satu gosip yang salah. Kalau cerita baik tak ada masalah cerita je la.

Selain Binalonan, bandar jirannya iaitu Moreno sudah pun menguatkuasakan undang-undang yang sama sejak 2017 lagi.

Selain dideenda sehingga RM 108, kaki-kaki gosip di Moreno juga diarahkan memungut sampah di waktu petang sebagai sebahagian daripada hukvman.

Walaupun begitu, di Moreno sehingga kini tidak pernah ada mana-mana individu dikenakan hukuman kerana kesalahan berulang. Nampaknya pernah ada yang dikenakan deenda bagi keslahan pertama.

Datuk Bandar Binalonan juga berkata bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan itu bertujuan untuk melindungi kesejahteraan masyarakat dan tidak bermaksud untuk menyekat hak kebebasan awam.

Kalau undang undang itu baik dan bagus semua orang setuju dan patut diteruskan. Kat negara kita nie tak nak ke laksanakan undang undang macam nie. Kalau ada kan baik kuranglah pembawang diluar sana dan makin sejahteralah negara kita kan… Setuju tak?

The post Membawang boleh kena deenda? Hati hati lepas nie susahlah nak membawang lagi. appeared first on Lubok Viral.




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top