Melalui Mimpi Abang Acap Hanya Cakap “Kawasan Itu Memang Terkenal Dengan Binatang Berbisa”

Hampir sebulan, kira-kira 44 hari lalu berita tentang peserta larian Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar.

Misteri kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) Mohamad Ashraf Hasan atau lebih dikenali sebagai Acap ternyata memberi kesan mendalam terhadap keluarganya terutama ketika umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Jika tahun-tahun sebelumnya tradisi berkumpul adik-beradik untuk sahur dan berbuka puasa di kampung mereka dekat Bukit Pasir, Muar sering ditunggu-tunggu bapa kepada seorang anak ini namun abang sulung Acap, Mohd Zahiruddin berkata sambutan kali ini agak berbeza dan kurang meriah kerana ketiadaan Acap di sisi.

” Sebenarnya untuk Ramadan pertama tiap-tiap tahun kami akan berkumpul satu keluarga di rumah mak.

” Kami akan bersahur dan berbuka puasa bersama. Tapi nampaknya tahun ini tak kesampaian kerana Acap masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi mStar.

Acap selalu belikan murtabak untuk mak

Menurut Mohd Zahiruddin, kebiasaannya adiknya itu akan membeli murtabak kegemaran ibu mereka, Siti Maznah Khamis dekat bazar Ramadan di Muar.

” Dia selalu belikan mak murtabak. Mak pun ada cakap tunggu Acap belikan murtabak.

” Sedih jugalah. Jadi saya mohon doa orang ramai di bulan yang mulia ini agar Acap kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi abang Acap, Mohammad Azlan berkata adiknya itu akan membeli ayam golek di bazar Ramadan untuk juadah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan.

” Dia akan beli ayam golek untuk makan dengan keluarga. Kebiasaannya macam tulah sejak dia mula bekerja,” katanya.

Terkini tentang pencarian Acap

Ditanya mengenai status pencarian Acap, Mohammad Azlan berkata tiada sebarang petunjuk baharu ditemui setakat ini.

” Belum ada petunjuk baharu. Tapi sebelum ini adalah orang beritahu dapat petunjuk dalam mimpi selepas solat hajat.

” Tapi bila kami ke kawasan yang dimaksudkan tak jumpa apa-apa. Puas juga kami mencari tapi belum ada tanda-tanda positif,” katanya.

Bagaimanapun anak ketiga dari enam beradik itu enggan mendedahkan lokasi petunjuk dalam mimpi itu.

” Kawasan tu memang terkenal dengan binatang berbisa dan orang hilang. Kawasan di sekitar laluan trek tak boleh masuk sembarangan.

” Rujuk dengan orang kampung, mereka lebih tahu sebab mereka dah tinggal di situ hampir puluhan tahun,” katanya.

Walaupun sudah memasuki bulan Ramadan, Mohammad Azlan berkata dia akan terus mencari adik keempatnya itu.

” Masih (mencari) walaupun bulan puasa. Selagi larat dari segi kewangan dan sihat tubuh badan. Insya-Allah.

” Dah habis usaha kami buat. Kepada Allah tempat kami berserah,” kata abang Acap itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

 

sumber : mstar via rimbabara




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top