‘Mak Kerja Bapa Tidur’ Anak Nyaris Dilangg4r Lori Nasib Ada Adiwira Superbike

BAGAIKAN adiwira. Begitulah gambaran bagaimana tindakan pantas seorang pemuda telah berjaya menyelamatkan budak perempuan daripada dilanggar sebuah lori.

Dalam kejadian pagi Selasa itu, pemuda tersebut yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa menghentikan motosikalnya di tepi jalan selepas menyedari kehadiran seorang kanak-kanak cuba melintas jalan utama di sebuah taman perumahan.

Malah kanak-kanak yang dipercayai berusia dalam lingkungan enam tahun itu bernasib baik tidak dilanggar lori kerana tindakan pantas pemuda tersebut yang membunyikan hon untuk memberi amaran kepada kenderaan berat berkenaan.

Insiden yang berlaku di kawasan perumahan Fasa 2 Puncak Alam itu dipercayai dirakam sendiri oleh pemuda terbabit sebelum tular di media sosial sejak pagi Rabu.

Video berdurasi 7 minit 32 saat itu turut memaparkan situasi di lokasi kejadian sehingga saat budak perempuan tersebut diserahkan kepada bapanya.

Dalam video itu, pemuda tersebut bertanyakan kepada budak perempuan yang hanya dikenali sebagai Anita mengenai ibu dan bapanya.

“Mak dekat mana? Adik nak pergi mana ni? Dekat rumah ada siapa?,” soal pemuda tersebut.

Kanak-kanak itu kemudian memberitahu ibunya pergi bekerja, manakala bapanya pula sedang tidur di rumah.

“Mak kerja… babah tidur,” kata kanak-kanak itu yang memberitahu mahu balik ke rumah selepas didekati pemuda tersebut.

Jawapan itu ternyata membuatkan pemuda tersebut terkejut dan hairan bagaimana kanak-kanak itu boleh berkeliaran di jalan utama tanpa pengawasan ibu bapa.

“Babah tidur… la ilaha illa’llah. Dekat mana rumah. Dik ikut sini… ni saya nak laporkan anak siapa ni.

“Dik tengok kamera dik… anak siapa ni? Siapa punya… ni anak siapa? Kenapa tak ambil dia? Dia tak tahu kecil… tak tahu,” katanya kepada beberapa individu yang disapanya di tepi jalan.

Namun individu tersebut tidak mengenali kanak-kanak itu dan menganggap dia mungkin terlepas daripada jagaan pengasuh.

Bagaimanapun kanak-kanak berkenaan menunjukkan arah ke rumahnya.

Sebaik tiba di rumah itu, pemuda tersebut bertanyakan kepada seorang lelaki yang sedang melakukan kerja mengubah suai rumah itu mengenai kanak-kanak berkenaan.

Antara Komen Netizen Yang Memuji

Malah dia turut mengakui ada ternampak budak itu keluar dari rumah.

Pemuda tersebut bagaimanapun terkejut dan dilihat seolah-olah berang dengan kecuaian pekerja terbabit.

“Patut halang dia keluar tau..angkat masuk rumah. Kalau saya tak nampak tadi dah kena lenyek dengan kereta tau. Sia-sia tadi… dia dah dekat jalan raya.

“Ya Allah macam mana boleh lepaskan budak kecil ni kat jalan raya. Lori tu tinggi tak nampak bawah, kalau saya tak hon tadi budak ni dah tak ada dah,” katanya dalam video tersebut.

Tidak lama kemudian seorang lelaki dipercayai bapa mangsa keluar rumah dalam keadaan terpinga-pinga dipercayai baru sahaja bangun tidur.

“Assalamualaikum bang… abang tidur kat atas? Haah jawab bapa kepada budak itu. Abang tau tak anak abang tadi sampai sana (jalan utama) tadi tau.

“Saya tahan tadi tau… dia sikit lagi nak kena langgar lori. Kalau saya tak perasaan tadi mungkin budak ni dah tak ada dah bang,” kata pemuda itu.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata pemuda itu, bapa kanak-kanak tersebut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinannya.

Pada masa sama, pemuda tersebut turut mengingatkan bapa kanak-kanak itu supaya lebih peka dengan anaknya.

“Abang perhatikan betul-betul (anak). Abang dekat luar ni pun nampak budak kecil kat luar tolong angkat bawa masuk dalam, tolong tanggungjawab sikit sebab budak kecil dia tak ada akal.

“Dia sampai atas tu… sebab moto saya superbike parking atas tu. Saya daripada atas tu melintas datang sampai ke sini. Tolong jaga betul-betul. Budak ni kecil tak boleh fikir apa lagi. Ini kesan dia jatuh… dia jatuh kat mana saya tak tahu… melecet tu,” katanya.

Kanak-kanak itu dilihat bertanya “nak ummi” kepada bapanya sebelum diberitahu bahawa ibunya tak ada di rumah.

Sebaik sahaja selesai menghantar Anita, pemuda itu turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengawasi setiap pergerakan anak masing-masing.

“Ya Allah bapanya boleh tidur. Sabar jelah… kejadian berlaku dekat Puncak Alam Fasa 2. Yang lain saya nasihat sikit kalau nak tidur tu tolong kunci pagar.

“Mana-mana rumah renovate tolong pesan dekat mereka tolong ambil perhatian lebih-lebih lagi bulan puasa. Kita tak nak benda tak diingini berlaku. Kalau boleh jaga family elok-elok, budak kecil tu tak ada akal,” katanya sebelum mengakhiri rakaman video itu.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video itu berterima kasih dan memuji perbuatan pemuda terbabit.

“Terbaiklah abang superbike. Bukan semua orang sanggup menyusahkan diri untuk orang lain. Semoga Allah lindungi abang dan keluarga. Amin,” kata pengguna Facebook.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top