Mak Ayah Wajib Pesan Pada Anak 7 Perkara Ini Waktu Pergi Beraya Nanti

 

Waktu raya ini jadi kemestian untuk kita berziarah. Bagi ibu bapa yang membawa anak ada yang sedikit gusar.

Masuk rumah saudara, anak terus melompat atas sofa, mintak duit raya. Ini memang jadi mimpi ngeri ibu bapa bila berziarah di hari raya.

Supaya tak berlaku kejadian sebegini sebaiknya sebelum berziarah kita berpesan dan menasihati anak mengajar anak tentang adab ketika berziarah seperti yang dikongsi oleh Taufiq Razif

#1- Jangan minta duit raya

Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang,jangan sekali kali minta duit raya. Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya

#2 – Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah

Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatanyang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.

#3 – Jangan intai rumah orang

Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu. Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.

#4 – Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin

Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah. Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.

#5 – Jangan buka peti ais rumah orang

Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu. Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.

#6 – Jangan usik barang tuan rumah

Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka. Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali

#7 – Jaga kelakuan

Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.

Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!

 

Sumber: Taufiq Razif

The post Mak Ayah Wajib Pesan Pada Anak 7 Perkara Ini Waktu Pergi Beraya Nanti appeared first on Vanilla Kismis.




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top