“Libas Kak Libas..Pantang Mundur Kecuali Beg Tangan Kena Ragut”, Kecoh, Wanita Dikejar ‘Bapak Ayam’

Sedia maklum, golongan wanita sering terancam kepada pelbagai jenis bahaya yang terdapat di atas muka bumi ini. Golongan ini juga sering menjadi mangsa jenayah seperti ragut, peras ugut, rogol dan juga pembunuhan. Selain daripada kes-kes jenayah yang dilakukan oleh manusia khususnya oleh kaum lelaki, wanita juga terdedah kepada bahaya yang disebabkan oleh hidupan lain seperti haiwan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila video yang menyaksikan seorang wanita berada dalam keadaan cemas apabila dia diserang oleh ‘bapak ayam’. Kejadian yang berlaku ditepi jalan itu agak sebenarnya agak melucukan kerana wanita tersebut cuba melarikan diri dengan menghadang ‘serangan’ itu dengan beg tangan.

Berdasarkan rakaman yang berdurasi 16 saat itu, wanita tersebut cuba melarikan diri daripada bapak ayam tersebut. Dia yang takut dipatuk oleh ayam tersebut terpaksa menggunakan beg tangannya untuk melindungi dirinya yang terancam.

Rakaman video lucu yang dimuat naik di dalam media sosial ini mendapat sambutan oleh rata-rata netizen. Kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat wanita dan ‘bapak ayam’ tersebut.

“Namanya ayam jantan, mestilah kejar perempuan”

“Libas kak libas.. pantang mundur kecuali beg tangan kena ragut”

“Bentuk beg dia macam ayam, itu dia serang tuan punya beg”

Sumber: Informasi Malaysia Kini




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top