Kes SUV Terjun4m Ke Laut,Ini Keputusan Mahkamah Yang Terbaru

MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini, menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes bekas pekerja salon yang dituduh menyebabkan kemati4n seorang penuntut kolej selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu pelajar itu terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, Januari lalu.
Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang mendengar kes berkenaan, menetapkan tarikh itu untuk membolehkan peguam tertuduh, S Parameswaran meneliti dua laporan forensik yang diterimanya, hari ini.
Sebelum ini, K Vaitheswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu sehingga tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, kira-kira jam 3 pagi, pada 20 Januari lalu.

Ketika Pencarian SUV yang Jatuh Di Jambatan Pulau Pinang

Dalam kejadian itu, Vaitheswaran yang memandu Toyota Vios berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey Yun Peng, 20, di atas jambatan berkenaan sehingga SUV jenis Mazda CX-5 itu hilang kawalan dan terjun4m ke laut.

Pada Februari lalu, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes berkenaan selesai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top