“Kena La Tegur Habis Sampai Bila Tak Pandai Solat” Nora Danish Terkedu Netizen Komen Negatif Anak Belajar Solat

PELAKON, Nora Danish, 37, meminta supaya warganet melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih positif, lebih-lebih lagi pada Ramadan ini.
Itu berikutan beberapa komen negatif yang ditulis oleh warganet di Instagramnya selepas dia memuat naik gambar anaknya, Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin solat bersama.

“Dalam Ramadan ini, apa kata kita semua lihat sesuatu perkara itu dari sudut lebih positif dan hentikan komen berbaur negatif. Islam itu mudah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nora, Rayqal dan Nedrin adalah kanak-kanak yang masih belajar dan dia sebagai ibu, bersyukur kerana anaknya bersolat.
“Mereka masih dalam proses pembelajaran. Orang dewasa pun ada yang tata tertib dalam solat, masih ada kesilapan, kerana kita semua masih belajar.
“Saya sebagai ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya, mereka mahu untuk bersolat,” katanya.
Nora mengucapkan terima kasih kepada warganet yang prihatin dan menulis komen di Instagramnya.
“Kepada mereka yang prihatin, terima kasih saya ucapkan. Saya akan lebih peka dalam hal sebegini di masa akan datang.
“Namun, saya nak sentuh sedikit mengenai sesetengah pihak yang menentang perkongsian mengenai agama di media sosial.
“Kenapa ada yang beranggapan ia seperti menunjuk? Kalau kita boleh kongsikan mengenai gaya ‘OOTD’, destinasi percutian, makanan dan sebagainya di media sosial, kenapa tidak mengenai agama?,” katanya.
Menurutnya, perkongsian mengenai agama sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar.
“Saya sendiri pun kalau melihat rakan selebriti atau yang berkongsi mengenai agama contohnya solat, mengaji, ceramah, sedekah dan sebagainya, saya akan jadikan ia sebagai iktibar.
“Sedikit sebanyak, itu memberi idea dan inspirasi untuk saya melakukan perkara sama dan amalan seperti yang mereka lakukan,” katanya.
Katanya, setiap perkongsian itu bergantung kepada niat individu itu sendiri.
“Walaupun ibadat ini sepatutnya rahsia, namun ia bergantung kepada niat masing-masing sama ada nak menunjuk atau untuk memberi dorongan.
“Sebenarnya, lebih indah kalau dalam Ramadan ini, media sosial kita dipenuhi dengan hal berkaitan keagamaan. Pandangan dari saya yang rendah hati,” katanya.
Gambar yang dimuat naik empat hari lalu itu menerima hampir 49,000 like dan lebih 300 komen daripada warganet.
Ada antara warganet mempertikai kedudukan tangan Rayqal dan kaki Nedrin yang menurut mereka, tidak seperti adab solat sepatutnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top