Kecoh dibuatnya apabila tetamu tak diundang masuk rumah pelajar ini.

Seronok sebenarnya apabila duduk menyewa semasa belajar di institusi pengajian tinggi ini. Dulu min pernah belajar di UITM diperingkat diploma dan ijazah. Masa paling seronok adalah semasa duduk beramai ramai dengan kawan kawan tak kiralah duduk di dalam kolej atau pun rumah sewa di luar.

Tetapi yang tak berapa seronok ialah apabila bab rumah diceroboh oleh tetamu yang tidak diundang. Selalunya yang ceroboh ialah penyamun kerana mereka tahu pelajar mempunyai pelbagai barangan yang berharga terutama telefon bimbit dan komputer riba.

Terbaru ini ada sebuah rumah pelajar menerima tetamu yang tidak diundang kecoh dibuatnya. Siapakah tetamu yang ditak diundang itu? Jom kita baca cerita mereka.

“PANDANG kiri, pandang kanan tak ada apa yang nampak, cuma tiba-tiba terbau benda busuk dan ditambah pula dengan bunyi ada sesuatu sedang mengunyah,” demikian kongsi Nazrin Nazhan.

Mengimbas kembali insiden awal minggu lalu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu memberitahu rumah sewa tiga biliknya telah dikunjungi ‘tetamu’ tak undang baru-baru ini. Siapa yang ceroboh rumah mereka?

Jelasnya, ketika itu, hanya ada dia bersama dua lagi rakan rumahnya yang masih tidur, manakala lima yang lain berada diluar rumah.

“Pagi tu (1 Mei) saya memang bangun awal memandangkan salah seorang rakan serumah ingin ke Gunung Ledang. Biasalah student kan cuti cuti nie ada yang nak mandi air terjun dan bersiar siar. Saya ingat lepas dia keluar rumah, semua pintu depan sudah ditutup. Jadi saya lepak dalam bilik main game.

“Tengah syok melayan game, tiba-tiba hidung saya terbau busuk sangat. Lepas tu bunyi macam ada yang sedang mengunyah. Saya intai tengok sekeliling dalam bilik, tak ada apa yang pelik. Jadi saya teruskan je main game,” luahan pelajar berusia 20 tahun ini.

Jelas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) itu, selepas tidak tahan bau busuk dia terus bangun dari katilnya dan mencari cari dari mana datangnya bau ini.

“Saya terkejut apabila ternampak seekor anjing sedang tidur di tepi katil. Saya terus melompat dan cuba menghalaunya keluar tapi tak berjaya, kemudian saya cuba tolak anjing tu menggunakan penyangkut baju, ia langsung tak bergerak sebab berat.

“Muka anjing tu relaks saja ketika saya halau. Ia bangun dan dengan selamba masuk ke bilik satu lagi. Member bilik tu ada dua orang, langsung tak perasan pada mulanya. Namun sebaik sahaja nampak anjing didalam bilik mereka, mereka terus jerit terkejut.

“Anjing tu dengan selambanya naik atas tilamnya dan terus tidur. Kesian juga tengok macam penat sangat, tambah pula kepalanya macam cedera,” kata Nazrin. Siapalah yang pukul anjing tersebutkan.

Ok ni last…sorry part ni aku tak leh move on hahahaha… susah btol nak pujuk member pegi kelas

Kami tarik keluar tilam yang anjing tu duduk, tapi sampai sahaja di ruang tamu, ia bangun dan masuk semula ke bilik. Kali ini masuk bilik dan terus tidur. Kawan serumah, Zainol akhirnya terpaksa mengangkatnya keluar dari rumah.

Selepas beberapa cara untuk keluarkan anjing dari rumah itu gagal, akhirnya rakan serumah terpaksa menggunakan cara terakhir.

“Kami tarik keluar tilam yang anjing tu duduk, tapi sampai sahaja di ruang tamu, ia bangun dan masuk semula ke bilik.

“Kali ini masuk bilik dan terus tidur. Kawan serumah, Zainol akhirnya terpaksa mengangkatnya keluar dari rumah. Selepas itu kami terus tutup pintu dan anjing tu pun beredar,” katanya.

Kisah tetamu tak diundang itu dimuatnaik di Twitter dan mendapat lebih 30,000 ulang kicau serta pelbagai reaksi daripada netizen.

Selepas ‘tetamu’ itu keluar rumah, Nazrin dan kawan-kawannya terus memulakan kerja-kerja membersih rumah.

“Satu hari kami terpaksa membersihkan rumah dan semua benda yang terkenanya. Sebenarnya kawasan ini jarang ada anjing. Cuma seekor itu sahaja yang pernah kami nampak”.

“Sesekali ada juga kami bagi makan sebab kesian tengok. Cuma tak sangka pula dia masuk ingin tumpang tidur. Selepas insiden tu memang kami lebih berwasapada, pintu rumah dan pagar sentiasa ditutup,” katanya.

Okay, nie video yang nampak sikit kepala anjing tu berlubang… kesian tu kesian jugak… tapi anjing tu tak kesiankan kitorg kane samak 1 rumah, katil2 pon kami kena samak.

http://bit.ly/2H6cAe0

Maka kenalah sentiasa tutup rumah betul betul supaya tiada lagi tetamu yang tidak diundang menceroboh rumah.

The post Kecoh dibuatnya apabila tetamu tak diundang masuk rumah pelajar ini. appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top