‘Karipap Oksigen’ Yang DiJual Di Bazar Ramadan Buat Netizen Terkedu Lagi,Ini Jawapannya

KARIPAP angin, murtabak ayam berinti bawang. Itu antara gelaran yang diberikan warga net terhadap menu yang dijual peniaga bazar Ramadan kerana tidak mencapai kualiti dan setimpal dengan harga.

Pengguna kesal kerana ada peniaga yang sekadar melepas batuk di tangga kerana dilihat mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamed Zamri Mohammed berkata, tindakan segelintir peniaga itu menyebabkan mereka yang benar-benar mencari rezeki dengan berniaga terkena tempias.

Menurutnya, kualiti makanan dan minuman yang dijual seharusnya setimpal dengan harga yang ditawarkan kepada pengguna supaya wujud situasi menang-menang.

“Jika ada peniaga yang berniaga sambil lewa, ia sudah pasti menutup pintu rezeki kepada peniaga lain yang benar-benar mahu mencari rezeki tambahan sepanjang Ramadan ini.

“Ia perlu dipandang serius oleh peniaga kerana kini masalah yang timbul akan mudah tersebar sekali gus memberi impak kepada peniaga lain,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, sikap mengambil kesempatan dalam kalangan peniaga perlu dikikis supaya mereka menjadikan perniagaan sebagai satu cabang ibadah jika dilakukan dengan ikhlas.

Katanya, sudah tiba masanya peniaga bazar Ramadan meningkatkan kewibawaan mereka dengan menawarkan produk yang berkualiti setimpal dengan harga yang perlu dibayar pengguna.

“Jangan disebabkan terlalu mengejar keuntungan, kualiti diabaikan sehingga memberi imej negatif masyarakat kepada peniaga dan penjaja di bazar Ramadan,” katanya.

Sejak awal Ramadan lalu, warga net sering berkongsi gambar dan kisah mengenai kekecewaan mereka membeli juadah di bazar Ramadan yang dikatakan tidak setimpal dengan harga dan kualiti.

Komen-Komen Netizen:

Berniaga biar jujur apa salahnya lebihkan sikit inti kalau selalu dapat 50 pieces , yang ni dapat 40 pieces ok la tu untung jugak tapi tak banyak
aku tahu la mak aku niaga gak

Orang tak kisah nak beli mahal, janji kueh sedap dan inti padat. Daripada jual kosong gitu buat hape? Kumpul dosa je bulan ramadhan ni.

Perkara ni sudah lama dah berlaku. Martabak daging konon padahal bawang dgn telur yg lebih. Tapi tak semualah yang menip4

Biar mahal, berkualiti baru berbaloi. Tukar menu dari martabak daging kepada martabak bawang kobis. Jangan ti4u pembeli.

Sila baca dan komen yang baik-baik saja.Kekasih Jiwang

 

sumber : hmetro

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top