”Kami Menggigil Takut Terbayang Kejadian Di Christchurch,” Jemaah Kongsi Detik Cemas Serangan Tembakan Masjid Seven Kings

Gempar malam tadi apabila seorang lelaki menceroboh sebuah masjid di London dan melepaskan tembakan kepada jemaah.

Susulan itu, seorang jemaah yang berada di tempat kejadian menceritakan detik-detik cemas ketika suspek memasuki masjid dan melepaskan tembakan kepada mereka dari jarak beberapa inci.

Abu Chowdhury, 28, berkata, dia mendengar orang ramai menjerit ‘lelaki ini mempunyai senjata api, lelaki ini mempunyai senjata api,’ sebelum tembakan dilepaskan kepada mereka.

Dia yang ketakutan terus membayangkan tembakan itu akan menjadi kejadian yang sama seperti yang berlaku di New Zealand, namun polis percaya insiden di Seven Kings tidak mempunyai kaitan dengan pengganas.

”Kejadian yang berlaku menyebakan saya menggeletar memikirkan apa yang berlaku kepada umat Islam di Christchurch.

”Saya mulanya mendengar orang ramai menjerit dan keadan menjadi kecoh apabila mereka meminta lelaki itu untuk pergi dari situ dan menanggalkan topengnya,” kata Abu.

Dia yang sedang menunaikan solat ketika itu terus berfikir untuk lari kerana takut ditembak namun mujurlah pengawal keselamatan berada di luar.

”Jika bukan kerana mereka yang mengawal keadaan, hanya Tuhan yang tahu apa yang akan berlaku kepada kami,” kata Abu.

Menurutnya, motif lelaki berkenaan bertindak demikian mungkin disebabkan kejadian yang berlaku Christchurch dan peningkatan Islamophobia iaitu kebencian terhadap Islam.

”Semua tahu sekarang kita sedang menyambut Ramadhan dan ramai umat Islam akan berkumpul di masjid.

”Jadi untuk menakutkan umat Islam, ini mungkin merupakan masa yang terbaik bagi mereka.” katanya lagi.

Setakat ini, siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian masih dijalankan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Sumber : Mirror UK




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top