Johan buat Ini Pada Anak-anak Selepas Solat, Netizen Tidak Sangka

Para ibubapa mempunyai   cara yang berbeza-beza untuk mendidik anak-anak, ada yang suka menggunakan cara lembut dan ada juga lebih kepada cara yang tegas. Seperi tular baru-baru ini berkenaan isu ahli perniagaan Aliff Syukri merotan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, gara-gara kanak-kanak itu membuka tudung, menerima kecaman dan kritikan ramai.

Namun, buat pelawak dan penyampai radio, Johan dan isterinya Ozlynn, yang mempunyai lima orang cahaya mata, ada cara didikan mereka yang tersendiri dalam membentuk sahsiah anak yang mungkin boleh dijadikan contoh buat ibu bapa lain.

Selami hati anak-anak

Menerusi perkongsian di Instagram milik pasangan tersebut, Ozlynn mendedahkan bahawa kebiasaanya selepas habis menunaikan solat Maghrib, Johan pasti akan meluangkan masa bersama anak. Kata Ozlynn, ia bagaikan sesi luahan perasaan dimana anak-anak akan berkongsi rasa dan nasihat, malah menurut Ozlynn, anak-anak menjadi rapat dengan Johan kerana sikapnya yang bijak mengambil hati mereka.

 Kapsyen dari isteri Johan , Jozlynn

Jangan rosakan hati anak…

Tambah Ozlynn lagi ibu bapa perlu mainkan peranan, jangan sesekali timbulkan rasa benci terhadap anak-anak kepada ibu bapa, didik dengan tegas tapi biar dengan penuh hemah bukan sehingga menyiksa.  “Jangan jadi perosak anak, bila mak tengah marah kat belakanhg bapak plak cakap, ‘haaa tak mau kawan mama yekkk.. mama marah adik ye tadi..’ Weh tu rosakkan anak”.

Cara ni la yang betul nak didik anak2

Rata-rata netizen sangat kagum dengan cara yang diterapkan oleh pasangan ini dalam mendidik anak-anak, malah ramai yang mahu menjadikan ia sebagai contoh.

Aku Kagum dan perlu dicontohi

Saya akan ikut Nasihat

 Bab didik anak aku salute

Lepas solay terus bagi Tazkirah

Pendidikan awal dari ibubapa pada anak-anak amat penting dalam proses pembesaran anak-anak dari segi rohani dan jasmani dan kaedah yang Johan dan Ozlynn buat pada anak-anak mereka patut dipuji dan menjadi contoh pada yang lain disamping Tazkirah tapi hubungan kasih pada anak-anak itu yang penting.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : ohmynedia

 

 

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top