Ini Sebenarnya Yang Berlaku Pada Michael Ang Bagaimana Dia Mendapat Hidayah

 Pengarah dan Penerbit drama popular, Michael Ang yang baru peluk Islam tahun lepas. Beliau mengaku bahawa sebelum peluk Islam, dirinya terasa kosong walaupun sudah berjaya. Setelah masuk Islam, beliau tenang dan percaya Allah itu satu.

Video

Michael Ang menceritakan hidayahnya melalui bermimpi bertemu dengan seorang lelaki berjubah membawanya ke suatu tempat yang dipenuhi ayat-ayat suci Al-Quran di sekeliling dinding khemah itu. Dari situlah, beliau lebih mengenali agama Islam itu sendiri.

Kata Neelofa dalam satu video bersama Michael, dia ada mencuba untuk Islamkan Micheal dengan membaca surah suci Al-Fatihah. Tetapi beliau mengaku sewaktu itu, dia sudah pun Islam cuma tidak ramai yang tahu.

Apa-apapun kita doakan semoga Michael Ang lebih tabah dan kuat dengan kehidupan selepas bergelar orang baru.

Luahan Michael Ang

Mimpi di bawa masuk ke dalam Kaabah

“ Sehinggalah dua tahun lepas saya bermimpi, ada orang bawa saya masuk ke dalam rumah. Selepas saya Google, rupa-rupanya rumah itu adalah Kaabah.

“ Sejujurnya sebelum ini saya fikirkan Kaabah itu adalah batu yang dibaluti dengan kain dan tak tahu pula di dalamnya ada ruang.

“ Jadi, dalam mimpi itu memang serupa sebagaimana yang saya cari di Internet dan saksikan video dalam Kaabah di YouTube.

“ Dalam mimpi saya juga, ada emas yang tergantung dan kalau dapat kita tengok di dalam Kaabah pula ialah teko. Kemudian dalam mimpi saya juga ada pancuran air yang wangian macam bunga ros.

“ Selain itu, ada diperlihatkan tulisan jawi pada jubin dinding rumah. Dalam erti kata lain, selepas mimpi itu ada perasaan yang kuat mengatakan rumah berkenaan adalah Kaabah,” imbau Michael.

Tidak mengambil masa yang lama akhirnya Michael membuat keputusan untuk memeluk agam Islam.

“ Selepas bermimpi, saya mula belajar perlahan-lahan tentang Islam sampailah saya membuat keputusan ini,” katanya.

Mari kita doakan semoga saudara baru ini terus diberi Rahmat dari Allah SWT.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : erakini

 

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top