Ingatkan betul dapat tiga bulan bonus rupa rupanya…

Baru baru ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas sebulan gaji dengan membabitkan nilai berjumlah RM33.84 juta kepada 19,244 kepada penjawat awam Selangor sempena sambutan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Amirudin juga mengumumkan Insentif Mahabbah Selangor yang turut menyediakan insentif sebanyak RM1,000 kepada 739 kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Menurut Amirudin, bayaran bonus tersebut ia akan dibayar kepada semua kakitangan terbabit pada 7 Jun ini. Tambahnya lagi, pembayaran dibuat selepas Aidilfitri memandangkan penjawat awam menerima gaji pada 24 Mei ini dan ia boleh digunakan selepas Hari Raya.

Selain itu, kerajaan negeri turut memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan pada tahun ini sebanyak tiga bulan gaji. Satu bulan akan diberikan pada Aidilfitri ini dan dua bulan lagi bergantung kepada indeks petunjuk prestasi (KPI) kerja penjawat awam tersebut.
Ingat tue bonus sebulan gaji pasti dapat. Dua bulan bonus mengikut KPI ye… bukan dapat terus… paham kan.

Dalam pada itu, Amirudin juga mengumumkan bantuan khas kewangan berjumlah RM4.172 juta kepada petugas di 390 masjid dan 2,053 surau di negeri ini.

Petugas masjid kariah terdiri daripada nazir, imam, bilal serta siak akan menerima RM400 setiap orang. Manakala bagi petugas surau pula untuk kategori jawatan sama melibatkan 390 surau akan menerima RM300 seorang.

Manakala ini pula bonus yang diterima oleh penjawat awam persekutuan.

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

Yang dapat bonus tue bijaklah berbelanja ye. Beli menggikut keperluan bukan kehendak.

The post Ingatkan betul dapat tiga bulan bonus rupa rupanya… appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top