Ibu bapa Ini Hantar Anaknya belajar di Darul Quran Walaupun Mereka Beragama Budha

Subhanallah, ibu bapa beragama Budha tapi anak Islam, dihantar pula belajar di Darul Quran. Bunyi macam pelik je kan? Ibu bapanya masih beragama Budha tetapi anaknya sudah melafazkan SYAHADAH. Lebih pelik lagi anaknya cacat penglihatan dan dihantarnya anak itu belajar di Darul Quran, Jakim, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Semoga ibu bapanya akan turut bersyahadah suatu hari nanti. Ikuti kisah yang dimuat naik oleh seorang netizen ini.

Masya Allah, barulah kak idah perasan kak Idah tersnap gambar ni siang tadi.. langsung tak perasan. Korang nampak tak sorang wanita yg free hair dgn pakaian skirt bersama suaminya disebelah turut serta mendaftar anak mereka di Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di Darul Quran siang tadi.

Beliau dan suaminya sebenarnya seorang wanita berbangsa cina dan beragama Budha. Inilah yang disentuh oleh tuan pengarah DQ semasa ucapan di majlis perasmian tàdi yang sungguh menyentuh hati semua ibu bapa sehingga ramai yg menangis terharu bukan sahaja kerana anak mereka beragama Islam tetapi seorang yang tak boleh melihat.

Ibu bapa ini merestui anak mereka yg buta ini masuk islam dan menghafal kitab Al-Quran. Pelajar ni telah menghafal 10 juzuk Al-quran dari program pensijilan Al-Quran dan Al-Qiraaat disini tahun lepas.

Difahamkan tiap2 hari ibunya datang memimpin tangan anaknya datang belajar. Sekarang belau meneruskan pengajian di peringkat Diploma pula.

Ya Allah sungguh tidak mustahil bila Allah nak memberi hidayah kpd seseorang itu..sungguh beruntung beliau insan yang terpilih. Kak Idah sungguh terharu dan turut sama menitiskan air mata mendengar cerita tuan pengarah tadi. Tak sangka malam ni terlihat gambar ni..

Marilah kita sama2 mendoakan semoga ibu dan ayahnya turut diberi hidayah sama2 memeluk agama islam suatu hari nanti.. insyaAllah..aamiin

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like page Kekasih Jiwang.

Sumber : Hamidah Uda Ahmad via islamicmedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top