‘Hijrah Yang Abadi’ Abby Abadi Tidak Lalai Tentang Solat Dan Solekan Setelah Kembali Berlakon

PELAKON yang senonim dengan watak Inspektor Aleza dalam Drama Gerak Khas  Abby Abadi mengakui dia pernah lalai dalam menunaikan kewajipan sebagai orang Islam sebelum dirinya berhijrah menjadi lebih baik.

Abby, 42, berkata dia kini sudah lebih bersedia dan berjaga-jaga dari pelbagai segi semenjak kembali menceburi bidang lakonan.

“Sejujurnya, dahulu banyak perkara yang saya tak jaga antaranya sebelum ini saya tak jaga solat. Memang saya akui dahulu banyak leka dan kekurangan.

“Tapi sekarang, saya masuk semula dalam bidang lakonan ini dengan lebih bersedia dan menjaga dari pelbagai segi terutama solat.

“Selain itu, sebelum datang lokasi penggambaran, saya akan siap-siap bersolek sebab jurusolek yang disediakan bukan wanita,” katanya kepada mStar.

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini kembali berlakon menerusi drama Gerak Khas musim terbaharu bermula Januari lalu. Abby masih memegang watak yang sama sebagai Aleza yang kali terakhir membuat kemunculan dalam siri tersebut sekitar 11 tahun lalu.

Abby sudah menganggap pelakon dan krew Produksi Gerak Khas seperti keluarga

Dalam pada itu, Abby memberitahu dia tidak pernah meletakkan syarat untuk kembali dalam bidang lakonan namun akan menerima watak yang bersesuaian sahaja.

“Saya tak ada letak syarat apa-apa pun untuk kembali berlakon. Tapi kena berpada-pada dan berjaga-jaga.

“Yang pasti, saya tidak akan melakukan babak bersentuhan. Rasanya, semua produksi pun memahami perkara itu.

“Kalau ada tawaran untuk berlakon dalam drama lain, saya akan terima yang bersesuaian dengan diri dan keadaan,” ujarnya.

Begitulah sesiapapun jika diber Hidayah dari Allah SWT akan beruntung samada di dunia ataupun di alam yang kekal abadi alam akhirat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : Mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top