“Hati-Hati Pulas Minyak, Nanti Terbang Tak Boleh Bawa Bincang,” Cara Warden Ini Kejut Subuh Memang Efektif

Macam-macam cara warden kejutkan pelajar asrama untuk bangun tidur. Bagi yang biasa tinggal di asrama, pasti ada kenangan masing-masing. Ada warden yang simbah air sejuk dari water cooler, ada yang pasang siren dari pembesar suara healer sambil berjalan di koridor, ada yang goncang katil dan ada juga yang terus rotan kaki pelajar yang liat nak bangun walaupun dah dikejut berkali-kali.

Baru-baru ini viral seorang warden kejutkan anak-anak muridnya dengan memulas minyak motosikal (remp) di laluan koridor.

Rata-rata geli hati dengan tindakan warden tersebut, malah ada yang berseloroh mengatakan motosikal tersebut takkan bertahan lama!

Mesti ‘bengkak’ hati dan telinga pelajar-pelajar tu. Walaupun masa tu rasa geram sebab tidur terganggu dengan cara menyakitkan hati, tapi bila dah habis belajar nanti, mesti teringat-ingat kenangan tu. Apa pengalaman subuh korang di asrama dulu?

Sumber: Bikers Ridhwan Garaj




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top