Gerai Lauk Pauk Ibu Tak Laku Di Bazar, Tindakan Si Anak Luah Perasaan Di Media Sosial Undang Rezeki Tidak Diduga

Setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti ramai peniaga mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun di sebalik kemeriahan suasana bazar Ramadan, terselit satu kisah duka apabila ibu kepada Syaza Nur Sahira Mohd Husni tidak memperoleh sebarang hasil jualan pada hari pertama berniaga.

“Saya tengok mama sangat teruja nak berniaga nasi berlauk pada hari pertama puasa sebab dia dah lama tak berniaga.

“Waktu itu, saya tolong mama berniaga. Tetapi nasib tak menyebelahi kami sekeluarga sebab tak ada seorang pelanggan pun yang beli di gerai kami. Riak muka mama dah mula nampak sedih, tak sampai hati nak tengok.

“Ikutkan ini kali pertama mama mula berniaga di Arked Majlis Perbandaran Sungai Petani ( MPSP) Kedah sebab kami baru sahaja berpindah di Sungai Limau, Yan setahun lalu. Sebelum ini, kami duduk di Kulim,” ujar Syaza yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini.

Syaza,20, juga memberitahu lauk-pauk yang tidak terjual itu terpaksa diberikan pada jiran-jiran kawasan rumah mereka.

Antara jenis lauk-pauk yang dijual seperti Gulai Ayam, Sambal Ayam, Sambal Ikan Keli dan Keladi Asam Pedas.

Saya sebenarnya tak sangka tweet itu akan viral sebab saya hanya sekadar berkongsi sahaja. Alhamdulillah, sejak itu gerai kami terima pelanggan sedikit demi sedikit. Saya ucapkan terima kasih pada warga Twitter dan pelanggan yang sudi singgah membeli lauk-pauk SYAZA NUR SAHIRA MOHD HUSNI

Ketika dihubungi mStar, ibu kepada Syaza, Cik Rohaya Ahmad, 41, menceritakan situasi yang dialaminya hingga membuatkan dia terpaksa menanggung kerugian pada hari pertama berniaga.

“Perasaan masa itu Allah sahaja yang tahu, rasa macam penat lelah tak berbaloi tetapi bila saya memikirkan anak-anak, saya terus kuatkan semangat”

“Kerugian yang saya tanggung banyak lah juga dan kalau boleh saya tak nak kenangkan perkara itu lagi,” katanya.

Demi anak-anak, Rohaya tidak patah semangat dan akan meneruskan perniagaannya sehingga penghujung bulan Ramadan ini.

Selain itu, posting milik Syaza di Twitter yang tular baru-baru ini sedikit sebanyak membantu perniagaan ibunya apabila ramai mula singgah ke gerai ibunya mulai Ramadan kedua.

“Saya sebenarnya tak sangka tweet itu akan viral sebab saya hanya sekadar berkongsi sahaja.

“Alhamdulillah, sejak itu gerai kami terima pelanggan sedikit demi sedikit. Saya ucapkan terima kasih pada warga Twitter dan pelanggan yang sudi singgah membeli lauk-pauk,” katanya yang juga salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Changlun di Kedah.

Posting tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada ntizen dan memperolehi kira kira 34,400 ulang kicau serta 16,200 tanda suka.

Berikut antara komen pembaca yang tidak putus-putus memberi kata semangat kepada keluarga Syaza

The post Gerai Lauk Pauk Ibu Tak Laku Di Bazar, Tindakan Si Anak Luah Perasaan Di Media Sosial Undang Rezeki Tidak Diduga appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top