Gantung Mudah, Tanggal Pun Tiada Kesan! Ini Cara Paling Senang dan Bijak Untuk Hias Dinding Rumah Raya Nanti

 

Kalau berhajat untuk menghias dinding kediaman sempena menyambut hari raya nanti, jangan susah-susah guna paku dan tukul besi lagi ya.

Dah nak masuk tahun 2020 jadi kita tinggalkan cara lama menggantung hiasan dinding menggunakan paku dan skru. Lagi pun sudah ada cara lain untuk memudahkan kerja ini.

Tak perlu ketuk atau gerudi, tiada kesan lubang ini antara kelebihan menggunakan Command™ Picture Hanging Strips daripada 3M.

Menariknya bukan semata-mata untuk menggantungkan bingkai gambar, ia juga boleh digunakan untuk menggantung hiasan atau alat lain pada dinding.

Antaranya plag sambungan (extension cord), pewangi ruang, remote control, penyangkut kunci dan pelbagai lagi mengikut kreativiti anda.

Cara menggunakannya juga tersangatlah mudah. Hanya ada beberapa langkah yang perlu anda ikuti:

Berikut adalah cara untuk menggunakan Command™ Picture Hanging Strips ini.

1. Bersihkan bahagian dinding yang mahu dilekatkan dengan Command™ Picture Hanging Strips. Gunakan rubbing alcohol bukan sabun pencuci.

2. Ambil dua strip dan lekatkan keduanya sehingga terhasil bunyi klik.

3. Tarik kertas alas pelekat kemudian lekatkan strip tadi pada belakang bingkai gambar.

4. Seterusnya tarik kertas alas pelekat pada satu lagi bahagian dan tekan bingkai pada dinding. Tekan selama 30 saat.

5. Tarik keluar bingkai dan tekan lagi strip selama 30 saat.

6. Biarkan selama satu jam sebelum menggantungkan bingkai gambar. Senangkan tak perlu guna paku dan tukul besi lagi.

7. Untuk mencabut strip ini pun mudah. Pegang bahagian bawah bingkai gambar dan tarik ke depan untuk menanggalkannya dari strip. Seterusnya cari penanda di bahagian bawah strip, tekan dan tarik lurus ke bawah sehingga strip tanggal sepenuhnya.

8. Dah siap. Langsung takkan tinggalkan apa-apa kesan kan!

Kelebihan Command™ Picture Hanging Strips

1. Tidak tinggalkan kesan atau lubang.
2. Tak bising, kerana tak gunakan tukul besi atau mesin gerudi.
3. Boleh menampung berat bingkai gambar dan hiasan sehingga 7.2 kg (strip saiz besar).

4. Mudah untuk ditanggalkan.
5. Tahan lama asalkan mengikut panduan yang diberikan.
6. Tidak hanya untuk menggantung bingkai gambar, ia juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis hiasan dinding mengikut kreativiti.
7. Boleh dilekatkan pada permukaan dinding yang licin termasuklah kayu, besi, seramik atau jubin.
8. Boleh didapati di premis ACE Hardware, AEON, AEON Big, Giant, Home Pro, Jaya Grocer, Mydin, Parkson, Popular, Tesco & Village Grocer dan banyak lagi.

Anda dah tahu cara paling mudah untuk gantung gambar, apa lagi cetaklah foto-foto keluarga yang selama ini hanya tersimpan dalam telefon atau kamera. Jadikan ia sebagai hiasan dinding paling bermakna.

 

The post Gantung Mudah, Tanggal Pun Tiada Kesan! Ini Cara Paling Senang dan Bijak Untuk Hias Dinding Rumah Raya Nanti appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top