Gambar kanak kanak ziarah pusara ibu sehari sebelum Ramadhan raih simpati warganet

Kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita pasti amat memeritkan. Lagi-lagi pada siapa yang kehilangan ibu bapa, tiap kali tibanya bulan bermakna seperti bulan Ramadhan pasti membuatkan kita akan ingat pada seseorang yang sudah tiada. Walaupun orang tu sudah lama meninggalkan kita.

Sehari sebelum menjelangnya Ramadhan, tular beberapa keping gambar yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang menziarahi pusara ibunya.

Rata-rata tersentuh hati melihat gambar yang memaparkan seorang budak lelaki berbaju Melayu putih lengkap bersongkok dan memegang sebekas air dipercayai dalam perjalanan untuk menziarahi pusara ibunya.

Selepas duduk di pusara, tangan kecil itu mula ditadah dan memanjatkan doa kepada Ilahi.

Kemudian kanak-kanak itu dilihat mengesatkan air mata pada baju Melayu yang dipakai ketika membacakan surah Yasin.

Ketika kakinya mula melangkah untuk beredar dia kembali berpaling ke pusara itu lalu mencapai sesuatu di poket baju Melayunya.

Tanpa diduga dia mengeluarkan sekeping surat lama yang tertulis ‘Ibu sayang kamu, jaga diri baik-baik’.

Gambar yang dikongsikan di laman sosial itu mendapat respond yang pelbagai dari pembaca, rata-rata meninggalkan komen yang menyentuh hati.

Bagi yang masih mempunyai ibu, jika berkesempatan luangkanlah masa berbuka awal ramadhan ini bersama mereka. Tiada apa lagi yang lebih diberkati selain membahagiakan ibu yang melahirkan kita.

Kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu..

The post Gambar kanak kanak ziarah pusara ibu sehari sebelum Ramadhan raih simpati warganet appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top