Cari Lembu Hilang Jumpa Buaya Sesat, Tindakan Dua Pemuda Ini Yang Sengaja Mengusik Sang Bedal Akhirnya Undang Padah

Dua pemuda yang mencari haiwan ternakannya yang hilang gempar apabila seekor buaya sesat ditemukan dalam parit berselut petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, dua pemuda yang melalui kawasan berkenaan terkejut melihat seekor buaya dalam longkang tersebut lalu kemudian mengusik haiwan tersebut kerana menjangkakannya tersekat di dalam lumpur dan tidak mampu bergerak.

Teruja untuk melihat haiwan liar tersebut dengan lebih dekat, pemuda tersebut lantas mencapai ranting kayu berhampiran dan cuba menguis buaya tersebut.

Dalam pada masa yang sama seorang lagi rakannya merakam perbuatan pemuda itu melalui telefon bimbitnya. Video yang dikongsikan di laman media sosial lantas mendapat komen dari penonton yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan merbahaya mereka.

Buaya yang dipercayai tersesat ketika air pasang dari sungai berhampiran itu besar kemungkinan terperangkap dalam parit selepas air surut.

Menurut percakapan dari rakaman video itu, buaya tersebut datang dari sungai berdekatan berikutan faktor perubahan cuaca serta proses pasang surut air menyebabkan reptilia itu tersesat selain mencari makanan.

Tindakan yang mengundang bahaya itu akhirnya mengejutkan para penonton apabila ternyata buaya mampu bertindak agresif apabila diganggu dan pemuda ini sebenarnya sengaja mengundang padah.

Yang ko gi kacau buaya tu dah kenapa?

Posted by Rakan AntiViral on Thursday, May 2, 2019

The post Cari Lembu Hilang Jumpa Buaya Sesat, Tindakan Dua Pemuda Ini Yang Sengaja Mengusik Sang Bedal Akhirnya Undang Padah appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top