Buat Tabung, Bentuk AJK Raya! Cara 7 Beradik Ini Pastikan Belanja & Kerja Rumah Beres Waktu Beraya Di Kampung

 

Dalam keseronokan nak menyambut raya di kampung di rumah ibu ayah ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di rumah orang tua di kampung takkanlah nak biarkan mereka menanggung segala perbelanjaan raya selama kita berada di sana.

Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.

Supaya tak terbeban, boleh ikut cara  Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.

1. Setiap adik beradik kena sumbang RM200

Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.

Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.

2. Bentuk AJK untuk buat kerja selama di kampung

Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.

Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…

3. Menu raya dah bincang

Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.

Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.

Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….

Raya kedua : nasi ayam

Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe

Raya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.

Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.

4. Pastikan setiap famili urus kain baju sendiri

Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.

Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.

5. Sebelum balik upah orang cuci rumah, bayar bil

Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.

Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu². Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.

Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.

Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.

Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.

Sumber: Musleha Mohd Tahrir

 

The post Buat Tabung, Bentuk AJK Raya! Cara 7 Beradik Ini Pastikan Belanja & Kerja Rumah Beres Waktu Beraya Di Kampung appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top